"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video Terkini! Anak bekas JKKK Balai Maras bersama 70 pemuda UMNO sertai PAS

Blog paspb2 .blogspot.com

SETIU: Kubu kekuatan Umno Kampung Maras yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Rakit kini semakin goyah sekali gus bakal menggugat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Karzan Che Mat.

Ini kerana, seramai 70 pemuda Umno yang diketuai oleh anak bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Setiu, Zulhairi Che Mat, 34, menyertai PAS beramai-ramai.

Bapa Zulhairi, Allahyarham Che Mat @ Mohamad Abu Bakar yang telah meninggal dunia ketika menunaikan ibadat haji di Makkah pada tahun 2011 lalu juga merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Balai Maras dan Ketua Cawangan Umno Maras.

Zulhairi berikrar akan memainkan peranan penting bagi menjatuhkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

"Pada malam ini, saya akan serahkan borang keahlian bersama 70 orang rakan-rakan pemuda di Kampung Maras ini untuk masuk PAS. Saya berjanji dan berikrar akan jadi tulang belakang yang penting untuk jatuhkan Umno dan Barisan Nasional di negeri (Terengganu) ini, khususnya di Dun Batu Rakit, insya-Allah," tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sulungnya sebelum menyerahkan borang keahlian PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Dato' Mohd Nassruddin Daud pada majlis Ceramah Isu-isu Semasa di Kampung Maras, Batu Rakit, dekat sini 24 September lalu.

Menurutnya, tindakan keluar Umno dengan menyertai PAS yang dilakukan oleh beliau dan rakan-rakanya itu disebabkan mereka telah hilang keyakinan terhadap Umno sebagai parti yang mampu membela agama dan rakyat.

Sebaliknya, tegas beliau, agenda pembangunan yang dilaungkan oleh Umno-BN bukan untuk rakyat, tetapi bagi kepentingan kroni pemimpin-pemimpin parti itu sendiri.

"Saya kenal Umno dan telah isi borang (keahlian) ketika berusia 18 tahun lagi sebab saya lahir dalam keluarga orang kuat Umno-BN. Bapa saya bekas AJK Umno Bahagian Setiu, Ketua Cawangan Umno Maras, Pengerusi JKKK Balai Maras dan pernah jadi pencadang kepada calon BN yang bertanding dalam pilihan raya," jelasnya ketika ditemui Harakah selepas majlis tersebut.

Katanya, rakyat negara ini perlu membuat perubahan ke arah politik yang lebih baik dengan memilih PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda, Pengerusi MTD Batu Rakit, Ustaz Mohamad Ya'akob dan mantan Ahli Parlimen Setiu, Ghani Ambak.

Sumber

Tiada ulasan: