"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

K'jaan S'gor terkejut datuk bandar PJ ditukar

Kerajaan Selangor menyatakan rasa terkejut dengan pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Roslan Sakiman oleh Putrajaya dengan notis 24 jam.
Anggota exco Selangor Ronnie Liu yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal kerajaan tempatan berkata, beliau dan menteri besar sendiri tidak dimaklumkan berhubung perkara itu.
Beliau mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan perkembangan itu.

Katanya, penjawat awam boleh ditukarkan, namun notis 24 jam itu tetap dipersoalkannya.

"Ini akan menjejaskan pentadbiran majlis," katanya ketika dihubungi.

Liu berkata Mohd Roslan yang dilantik sebagai datuk bandar pada 2006 menjalankan tugasnya dengan baik.

Katanya, pertukaran secara tiba-tiba tidak sepatutnya berlaku melainkan individu berkenaan melakukan satu perkara yang teruk.

"Saya bimbang pertukaran ini akan menjejaskan semangat MBPJ," katanya.

Liu berkata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Ahli majlis MBPJ dijangka mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincang isu pada jam 4 petang ini.

'Arahan JPA'

Ketika dihubungi, Mohd Roslan berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuat 'pertukaran melintang' dengan melantiknya sebagai timbalan setiausaha kerajaan negeri Selangor.

Sambil menegaskan yang beliau hanya mengikuti arahan, Mohd Roslan menafikan yang beliau telah diarah bertukar dari MBPJ dengan notis 24 jam.

Katanya, sebagai penjawat awam, beliau berbuat demikian apabila diarahkan oleh JPA.

"Saya tak tahu dari mana datangnya berita tersebut (pertukaran secara," katanya kepada Malaysiakini.

Tiada ulasan: