"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

7,475 pemegang IC merah, hijau pemilih di Sabah

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Seramai 7,475 pemegang kad pengenalan (IC) merah dan hijau telah dijumpai tersenarai sebagai pengundi didaftar sebagai pemilih terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pakar strategi pilihanraya Ong Kian Ming yang menjalankan penyiasatan ekoran testimoni Ruslan bin Alias, bekas Ketua Penolong Jabatan IC Sabah dan Sarawak di Jabatan Pendaftaran Negara, kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Di dalam kenyataannya, Ruslan berkata IC merah telah diberikan kepada IC lama yang bernombor dari H6000000 ke H6040000 manakala IC hijau diberikan nombor H8000000 to H8040000.

“Semasa kita meneliti daftar pemilih suku ke-4 2012, yang dipercayai akan digunakan untuk pilihanraya yang bakal datang, kita menemui 7,029 pengundi dengan IC lama yang tergolong dalam lingkungan nombor IC merah dan 446 pengundi dengan IC lama yang tergolong dalam lingkungan nombor IC hijau,” kata Ong.

Ini bermakna, kata Ong, seramai 7,475 warga bukan Malaysia boleh mengundi di pilihanraya akan datang.

“Tidak mengejutkan, kerusi yang mempunyai paling banyak dan peratusan IC merah dan hijau ini adalah juga kerusi yang mempunyai nombor dan peratusan IC lama yang bermasalah. Malah, tiga kerusi teratas untuk pengundi IC Merah dan Hijau dan masalah IC lama adalah sama iaitu P188 Silam, P190 Tawau dan P191 Kalabkan,” tambah Ong.

Ong tidak menolak kemungkinan sebahagian daripada mereka telah menjadi warga Malaysia.

Tapi, kalau beliau, ‘kebetulan data’ ini berlaku di kerusi-kerusi yang mempunyai banyak masalah IC lama memberi lampu hijau kepada satu siasatan menyeluruh diadakan.

SPR bersama JPN diseru untuk menyiasat status pengundi Merah dan Hijau dan membuangkan mereka dari senarai pengundi sekiranya mereka bukan warganegara.

Tiada ulasan: