"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fuziah Salleh terima ugutan lucah dari Karam Singh Waliya?

Norutul Ilham
KUANTAN 27 April: Calon KEADILAN Kuantan, Fuziah Salleh hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan berbaur gangguan seksual yang diterimanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) lewat pagi ini.
fuzi
Tanpa mendedah kandungan SMS itu, Naib Presiden KEADILAN itu, berkata kandungannya mengugut untuk mencemar kredibilitinya selaku calon dan mengancam untuk menyebar perkara ‘buruk’ mengenainya.

Beliau mengesyaki ia dilakukan seorang wartawan sebuah stesen penyiaran kawalan Umno BN selepas membandingkan nombor telefon berkenaan dengan kad media yang ada dalam simpanannya.

“Setiap nombor media saya simpan. Nombor sama sejak tahun lalu selalu hantar SMS terutama melibatkan isu Lynas tapi saya tidak pernah ambil peduli.

“Kali ini, melampau. Saya sebagai calon wanita risau, ini agak menakutkan. Kalau SMS sekadar marah-marah dan tak suka, lainlah.

“Saya risau ada insiden yang tak diingini berlaku. Dalam keadaan sekarang, semua boleh berlaku. Jadi saya tampil buat laporan,” katanya.

Fuziah berkata, SMS itu diterimanya jam 3.32 pagi menggunakan nombor 019-3314898 yang kemudian didapatinya sama dengan kad media tertera nama Karam Singh Waliya tetapi beliau masih membuat semakan lanjut untuk pengesahan.

Keadilan Daily beberapa kali cuba menghubungi nombor berkenaan tetapi telefon bimbit itu ditutup.

Ketika dihubungi, Fuziah sedang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan itu jam 11.40 pagi tadi ditemani beberapa penyokong dan suami.

Beliau berkata, nombor sama juga sebelum ini sering menghantar SMS peringatan berbentuk amaran berkaitan isu Lynas tetapi tidak diendahkannya.

Tiada ulasan: