"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Puluhan ribu munajat dalam hujan renyai

Harakahdaily
(Munajat di dalam hujan renyai-renyai di Kota Bharu mulai jam 3.30 pagi tadi)
KOTA BHARU: Puluhan ribu rakyat Kelantan bermunajat mulai jam 3.30 pagi tadi hingga Subuh bagi memohon kepada Allah agar di selamatkan kerajaan Islam negeri Kelantan dan menjaga agamaNya di seluruh negara.

Munajat itu berlangsung di Stadium Sultan Muhamad dalam suasana penuh shahdu apabila ia berlangsung dalam hujan renyai-renyai.

Ini ekoran serangan yang bertalu-talu dari pelbagai penjuru bagi memastikan Kelantan yang selama ini menjadi kubu parti Islam hancur.

Ia digambarkan melalui doa yang dibacakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara.

"Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu sebagamana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan.
"Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam doa itu.

Tiada ulasan: