"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda Umno serbu markas PAS DUN Kota

amkns
pasRembau 30 Apr 2013 – Tatkala AJK PAS DUN Kota selesai bermesyuarat di Markas PAS DUN Kota malam tadi, tiba-tiba datang beberapa orang pemuda yang muka mereka tidak pernah dikenali sebelum ini.
Mereka ini datang selepas menghadiri ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Chembong.
Ada bersama mereka ialah Ketua Bilik Gerakan PAS dari sebuah kampung , berjiran dengan kampung Khairy Jamaluddin di Gadong. Lalu diberitahu bahawa mereka ini adalah merupakan pemuda-pemuda Umno di kampung berkenaan. Salah seorang daripada mereka adalah merupakan Ketua Penerangan Umno cawangan kampung berkenaan.

Agak terkejut juga barisan AJK PAS DUN Kota dengan perkembangan terbaru ini, yang tidak pernah terfikir, pemuda-pemuda Umno, lebih-lebih lagi mereka yang berhampiran dengan kampung Khairy Jamaluddin sanggup bersama PAS dan Pakatan Rakyat sekarang ini.

Pendekatan kempen PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 kali ini di DUN Kota adalah amat berbeza sekali dengan yang sudah-sudah, di mana para petugas Pakatan Rakyat sering diingatkan bahawa mereka perlu berkempen secara berhemah dengan orang-orang kampung, lebih-lebih lagi orang Umno, kerana mereka ini adalah orang kampung kita, satu suku, satu waris, saudara se Islam.

Pada sebelah siangnya tadi telah diadakan ceramah penerangan Umno berhampiran Markas PAS di DUN Kota. Khairy Jamaluddin dalam ceramahnya memberitahu dia amat yakin Umno boleh menang bergaya di DUN Kota, sebab itu dia banyak tertumpu kempen di DUN Paroi. Ezam Mohd Nor juga hadir memberi ceramah, dia mengatakan ada banyak lagi rahsia Anwar akan didedahkan selepas ini bila dia ceramah di Pulau Pinang nanti.

PAS Pusat dan PAS Negeri Sembilan tidak meletakkan sasaran untuk memenangi DUN Kota dalam PRU-13 ini. Sekiranya PAS menang di DUN Kota ini dalam PRU-13 ini, insyaAllah, ianya semua adalah kerja Allah, dengan izin Allah semata-mata.

Sila layari laman sesawang PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com yang dilancarkan tidak sampai sebulan yang lalu kini jumlah pengunjungnya telah mencecah 11,500 pengunjung.

Tiada ulasan: