"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Petugas PAS dipukul ketika sedang solat

Hazayani Zakaria 
(Zamri menunjukkan muka Zulkifli yang lebab dipukul sambil Zulkifli memegang salinan laporan polis)
KUALA LUMPUR: Seorang petugas PAS mendakwa dipukul seorang lelaki ketika sedang mengerjakan solat Asar di Surau Muhajirin, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam lima petang itu, Zulkifli Jaffar, 44 ditendang muka sebelah kanan dan dan mukanya ditumbuk sebanyak dua kali oleh seorang lelaki pertengahan umur yang dikenali dengan nama Sabri.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian kemudiannya menghalang Sabri daripada bertindak lebih agresif lagi.

Ekoran kejadian itu, Zulkifli yang cedera di bahagian mata membuat laporan polis di Balai Polis Chow Kit.

"Saya tak tahu apa punca sebenar dia memukul saya, apa yang dia tak puas hati dengan saya.

"Mungkin sebab dia nampak saya selau ada di pondok PAS Di Chow Kit sebab bangsal itu dibuka 24 jam.

"Lepas kejadian itu, saya dan kawan-kawan pun rasa tak selamat, rasa tak sedap hati bila berada di bangsal PAS," katanya pada sidang media bersama calon PAS Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi dan peguam Noor Azmir Zakaria di Pusat Media Parlimen Titiwangsa, dekat sini hari ini.

Sementara itu, pada malamnya pula, peniaga di Chow Kit, Abdul Rahim Taib, menjadi saksi kejadian ugut ke atas petugas PAS di pondok parti itu.

Menurut Rahim, 57, beliau nampak seorang pemuda menghampiri pondok PAS dan menyuruh orang di dalamnya keluar sebelum mengacukan pisau ke arah mereka.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 9.15 malam ketika orang ramai masih lalu-lalang di kawasan itu.

Menyedari kejadian itu, polis yang membuat rondaan di kawasan tersebut terus menangkap dan membawa lelaki itu menaiki kereta polis.

Dalam kejadian lain, sebuah pondok PAS di UPU Kompleks Damai, berhampiran Grand Season disamun pada jam tiga pagi, Isnin lalu.

Ketika itu, petugas yang menjaga pondok tersebut terlelap.

Dia dikejutkan dengan bunyi motosikal yang dinaiki dua pemuda.

Pemuda tersebut kemudiannya menghalang dia bertindak dan melarikan tabung berisi wang kira-kira RM200.

Sehubungan itu, Zamri menggesa pihak polis meningkatkan kawalan di kawasan tersebut dan mewujudkan balai polis bergerak.

"Kita tidak menolak kemungkinan kejadian kekasaran ini berlaku kerana suasana pilihan raya, rasa tida puas hati dan sebagainya.

"Tapi kita mahukan kempen secara bersih, bukan denan cara melakukan kegananasan dan provokasi.

"Jadi perlu kepada kaalan yang ketat oleh pihak polis dan balai pois bergerak diwujudkan di sekitar Kampung Baru," katanya.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Titiwangsa Khairul Anuar Abdul Manap pula melahirkan kekesalan atas sikap penyokong BN yang merosakkan bahan kempen PAS.

"Di markas Taman Maluri, bendera dan poster PAS dirosakkan, dicabut selepas dipasang.

"Kita minta BN hentikan vandalisme ini dan berkempenlah secara profesional," katanya.

Tiada ulasan: