Blog anaksengat.blogspot.com
Untuk berlaku adil kepada semua, saya jelaskan kefahaman tentang Islam liberal yang dianuti ini,fahaman liberal di kalangan penganutnya Islam itu sendiri. Secara umum dan sebagai pengenalan, aliran Islam Liberal mendakyahkan kebebasan berfikir dan kebebasan mentafsir agama. Dengan kata lain, ia menyeru agar semua orang diberi hak untuk bercakap tentang Islam.
Hak untuk memberi pandangan mengenai Islam, al-Quran dan hadis tidak wajar dibataskan kepada golongan agama sahaja. Makna liberalisme itu sendiri kita boleh faham yang mana ia bererti bebas berfikir dan berbuat apa sahaja asal tidak mengganggu kebebasan orang lain. Oleh itu ada seseorang yang berpegang kepada ini akan bebas bercakap mengenai apa sahaja mengenai agama.
Suara golongan Islam liberal begitu lantang yang mahukan lebih banyak kebebasan dalam bersuara dan berfikir selain mentafsir sendiri al-Quran mengikut kehendak sendiri, mengikut cita rasa mereka.Lebih menakutkan, mereka juga membenarkan pluralisme agama atas alasan bahawa semua agama adalah sama.
Golongan ini menggunakan akal dan kefahaman sendiri dalam hal ehwal agama tanpa rujukan kepada mereka yang arif dalam bidang agama.Menurut fahaman ini, untuk membentuk sistem pemerintahan ia adalah fahaman dan buatan manusia. Apa yang dilakukan itu adalah pilihan manusia dan bukan telah ditetapkan oleh Allah dan syariat. Padahal dalam Islam sudah lengkap segalanya termasuk sistem perundangan dan sistem politik. Namun bagi mereka sistem politik mereka adalah mengikut akal dan hawa nafsu semata-mata selain perlu bebas dan tidak terikat dengan mana-mana autoriti.
Agenda kedua mereka adalah untuk mewujudkan teologi pluralisme.
Seterusnya mereka ini konon-kononnya mahu membebaskan wanita dengan memberi hak sepenuhnya sehingga boleh menceraikan suami dan sebagainya. Menentang sistem faraid dan menentang lelaki berpoligami. Semua sistem ini mahu dirombak mereka. Seterusnya adalah untuk memberi promosi dan memperjuangkan supaya wujudnya kebebasan berpendapat sepenuhnya atau sebebas-bebasnya. Suatu yang luar biasa dan sesat mereka berfahaman bahawa wanita boleh menjadi imam kepada kaum lelaki.
Tiga jenis liberal yg mereka cuba amalkan, Liberal dari akidah, liberal dari sudut akhlak, dan liberal di sudut syariat. Ketiga tiga ini sudah memadai utk membatalkan aqidah sesorang itu.. penjelasan ini menjadikan mereka kepanasan, dan akhirnya menuding jari bahawa para ustaz dan agamawan berfikiran kolot utk memacu peredaran zaman.. Agenda barat menghancurkan umat Islam.. lihat saja saudara kita di Indonesia, Tunisia dan terkini kesan yang besar keatas umat Islam di Mesir, di sebabkan kejahatan Islam liberal ini..Berhati2lah wahai teman2..Wallahua"alam.
via~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan