"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita mati dibakar suami

NASRUL FAIZ ABU AZAL
KUALA LUMPUR: Selepas tiga hari bertarung nyawa, seorang wanita warga India yang melecur teruk selepas disyaki dibakar oleh suami sendiri menemui ajal kelmarin.

Wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu disahkan mati pada pukul 9.20 pagi kelmarin di Hospital Kuala Lumpur.

Difahamkan, mangsa dirawat selepas melecur teruk disyaki dibakar oleh suaminya yang juga seorang warga India dan bekerja sebagai pengutip sampah di Medan Kraftangan Setapak di sini pada pukul 8.30 malam Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah (gambar) berkata, pihaknya percaya kejadian itu dilakukan oleh suami mangsa selepas mendapat beberapa maklumat daripada saksi yang mengatakan lelaki terbabit melarikan diri dengan tangan dan kakinya turut melecur disambar api.

Tiada ulasan: