"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Indahnya Bersama Parti Islam Semalaysia (Pas)

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Di antara keputusan yang mengejutkan pernah saya lakukan adalah mengistiharkan diri menyertai PAS sehingga ia mengejutkan ahli keluarga dan kawan-kawan yang hampir semuanya adalah UMNO. Aruah ayah saya betul-betul terkejut (bukan cobaan) apabila mendapat tahu bahawa saya sering pulang lewat ke rumah kerana menghadiri usrah Pemuda PAS. Mana tidaknya, keluarga saya dikenali dengan keUMNOannya lebih-lebih keluarga sebelah ibu saya.

Kawan-kawan lagilah sukar menerima keputusan saya ini. Mereka buktikan dengan tidak mengundi saya ketika bertanding sebagai calon PAS di kerusi DUN Mahkota pada tahun 2004 sehingga hampir-hampir hilang deposit ketika itu. Namun, ia berbeza ketika ini dengan sokongan terhadap PAS sangat berubah daripada dahulu.

Kenapa saya memilih PAS? Pertamanya kerana dasar PAS adalah ISLAM dan PAS memperjuangkan Islam. UMNO juga memperjuangkan Islam tapi sekadar tempelan sahaja kerana lebih Melayunya daripada Islam. Jika ada Islam pun hanya masa-masa tertentu saja. Bila ada program agama barulah wanitanya kenakan selendang tapi bila waktu lain selendangnya melilit di bahu.

Keduanya, PAS tak berebut jawatan seperti UMNO. Biasanya orang PAS menolak jawatan bila diberikan dan tidak meminta bila tidak disenaraikan kerana orang PAS tahu jawatan adalah satu amanah yang cukup besar dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di Akhirat kelak. Jika terpilih memikul sesuatu amanah maka laksanakan dengan sebaik mungkin dan jika tidak terpilih maka jadilah pengikut yang taat kepada pimpinan.

Tidak perlu nak berkempen sana sini seperti UMNO minta perwakilan mengundi dan menaburkan duit bagi membeli undi. Ada 'team' itu dan 'team' ini yang kononnya lebih baik daripada team yang lain sehingga menimbulkan keretakan dan perpecahan dalam UMNO seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Ketiga, PAS mengajar bahawa segala kerja buat kita akan diberikan pahala dan dosa. Buat kerja dalam PAS akan dapat pahala, insya Allah kerana PAS menyeru kepada kebaikan dan menolak kemungkaran. UMNO tidak percaya tentang perkara ini maka kerana itu mereka boleh lakukan apa saja dalam politik sebab bagi mereka politik lain agama lain.

Kerana itu, saya memilih untuk bersama dengan PAS dan berjuang dengan PAS kerana Allah sehingga saya kembali kepadaNya satu masa nanti.

Wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Kluang, Johor Darul Takzim.
12 November 2013

Tiada ulasan: