"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Betulkah IC perompak AMBANK IC palsu

Penhijau
Betulkah IC perompak AMBANK palsu.
IC dikeluarkan di negeri Sabah yang terkenal sebagai tempat penganugerahan IC kepada warganegara asing khususnya dari kalangan pendatang Filipina dan Indonesia.
Sebagai jabatan yang pernah berbohong bukanlah mustahil bagi JPN untuk delete segala maklumat berkaitan pemilik IC sebelum buat pengishtiharan bahawa data ic berkenaan tidak ditemui sekaligus membuktikan ia palsu. Trick seumpama ini pernah dilakukan oleh JPN. Ini boleh dilakukan oleh JPN demi menyelamatkan maruah mereka dari menerima kemaluan yang besar. Ingat lagi kes data IC sah pada waktu pagi dan data IC tidak ditemui pada waktu petang?
  1. Untungnya kali ini sebab belum sempat penyiasat persendirian buat siasatan pengumuman dah pun dikeluarkan bahawa IC berkenaan adalah palsu. Agaknya kalau ada pihak yang buat siasatan lebih awal barang kali lain ceritanya.
  2. Untuk tambah perisa maka dibuatlah cerita bahawa IC berkenaan dibeli dengan harga RM200 sahaja. Supaya menunjukkan ia benar benar IC palsu. Peliknya siapa yang buat cerita RM200 ni. Sedangkan pemilik IC yang didakwa palsu itu belum ditangkap.
  3. Satu lagi persoalan bagaimana agaknya Syarikat Kawalan Keselamatan yang terkenal satu Malaya tersebut bayar gaji pada pekerjanya. Apakah syarikat yang terkenal itu bayar gaji secara cash. Agak mustahil untuk mereka berbuat demikian.
  4. Secara logiknya sebagai syarikat yg jaga hampir kesemua bank di Malaysia, tak logik kalau mereka tidak mengambil manfaat dari kecanggihan sistem bank yang mereka kawal...dalam hal ini sudah barang pasti mereka akan bayar gaji melalui bank in akaun simpanan setiap pekerjanya termasukah si perompak tersebut dan gaji tidak dibayar secara cash. Kalau syarikat gergasi bayar gaji secara cash leceh lah...
  5. Persoalannya kalau gaji dibayar secara bank in dalam akaun, bagaimana pemilik IC palsu berjaya membuka akaun bank. Tidakkah semua bank menggunakan tumb scanner atau alat bio matrik untuk sahkan pemilik IC sebelum apa apa akaun tersebut dibuka.
  6. Apakah sistem bank pengesanan bank begitu longgar sehingga pemilik IC palsu pun boleh buka akaun. Mesti bank tak nak mengaku....sistem kami canggih sebab kami dah guna sistem bio matrik untuk kesan kesahihan, sedangkan pihak SPR sendiri baru terfikir nak nak guna sistem tersebut....
  7. Cuma nak ingakkan ini semua cuma andaian saya kepada sebuah jabatan yang pernah sekali sekala menipu....hehe.

Tiada ulasan: