"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rumah, pengangkutan punca warga bandar miskin

Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Warga kota terutama golongan berpendapatan rendah berdepan dengan dua masalah utama iaitu rumah dan pengangkutan kerana 60% pendapatan pengguna dibelanjakan untuk kedua-dua itu.

“Kira-kira 30% untuk rumah dan 30% lagi untuk pengangkutan, tidak kira lah mereka membeli atau menyewa rumah. Begitu juga sama ada membeli kereta atau menggunakan teksi dan bas setiap hari.

“Jika kedua masalah ini gagal diatasi, maka kemiskinan tidak boleh dihapuskan atau dikurangkan,” kata bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo.

Menurut beliau, akibatnya pendapatan tidak cukup untuk menyekat inflasi, selain kenaikaan harga barangan menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

Beliau berkata, rumah kos rendah di bandar perlu dibina dengan harga sekitar RM60, 000 seunit dan kos sederhana dalam RM200, 000.

“Rumah kos rendah mesti dibina dalam kawasan bandar, kalau dibuat di pinggir bandar penduduk miskin terpaksa membayar kos pengangkutan yang lebih,” tambah beliau.

Bekas MenterI Besar Selangor itu berkata, kerajaan boleh mengenakan premium tanah yang rendah untuk mengurangkan kos pembinaan rumah.

Penduduk kampung berhirah

Manakala tokoh politik Kuala Lumpur, Datuk Syed Ali AlHasbshee berkata, kemiskinan bandar berpunca daripada penghijran penduduk kampung ke kota untuk mengubah kehidupan.

Menurutnya, golongan ini terutama yang ketinggalan dalam pelajaran akan menghadapi kesukaran untuk berdikari di bandar apatah lagi di Kuala Lumpur.

Paling asas mereka memerlukan tempat tinggal iaitu rumah. Sebab itu rumah yang dibina kerajaan tidak cukup.

“Penghijrahan penduduk kampung ke bandar-bandar berlaku sepanjang masa…ia tidak habis sampai bila-bila.

“Tetapi kos hidup tinggi, harga barangan mahal, persaingan sengit, bukan hanya rakyat Malaysia tetapi juga dari negara luar.

“Kalau gaji kecil, harga barangan tinggi, tidak termasuk kos rumah, kemiskinan bandar mudah berlaku,” tambah beliau.

Tiada ulasan: