‘Berkas segera Gani Patail’
KUALALUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak supaya segala aktiviti yang melibatkan pihak Peguam Negara (AG) dibekukan segera. Ia ekoran pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mengaitkan Tan Sri Gani Patail sebagai pengintip dan agen CIA.
Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, dakwaan ini sebagai sangat serius.
"Di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88 seksyen 3) memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup di atas kesalahan 'Pengintipan bagi maksud yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia'.
"Maka Tan Sri Gani Patail harus diberkas dan dibicarakan sertamerta bagi menjamin negara ini berada dalam kedudukan lebih selamat," katanya kepada Harakah 6 November lalu.
Beliau juga menggesa agar Tun Mahathir tampil membuat penjelasan lebih terperinci mengenai dakwaan serius yang dilontarnya.
SAMM tidak menolak kemungkinan antara kecelaruan dan musibah yang berlaku adalah termasuk melibatkan pemalsuan bukti dalam kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan juga menyebabkan kekalahan Pulau Batu Puteh di mahkamah antarabangsa.
Selain itu, isu Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas namun apakah mungkin ianya diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat.
Beliau memaklumkan Laporan polis akan dilakukan oleh SAMM dan sekutu di seluruh negara dalam masa terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan