"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gara-Gara Cemburu, Suami Pukul, Bakar Isteri

KOTA BARU: Gara-gara cemburu selepas mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang lelaki bertindak menyimbah isterinya dengan petrol sebelum membakar wanita itu.

Dalam kejadian 11.30 pagi Ahad, di luar rumah mangsa di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, wanita berumur 30 tahun itu melecur di muka dan kedua-dua tangan dan kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Supt Idris Rafar berkata sebelum kejadian, mangsa juga dipukul dan ditampar suaminya sebelum bertindak mencurah petrol dan membakar isterinya itu.

"Suspek bagaimanapun melarikan diri selepas menyedari kedatangan anggota keluarga mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Polis sedang mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek diminta tampil membantu siasatan, katanya. 
-Bernama-

Tiada ulasan: