Muhammad Sanusi Md Nor
Sejak bilakah pemikiran kurang ajaq, menyebar fitnah, samseng, sentiasa prejudis, bersangka buruk, adu domba dan melaga, kutuk-mengutuk, bermuka-muka dan berpura-pura (taqiyah) ini dibentuk dan subur?
Di sekitar kita, ia ditelurkan sejak tahun 80-an lagi oleh beberapa tokoh pemimpin kecil yang mendapat latihan di Iran, dibawa oleh Ketua Syiah Kedah sekarang ini. Ketika itu dia berkhidmat dengan kedutaan di Tehran. Mereka balik membina tapak dan mula mencari kekuasaan dalam organisasi dan persatuan untuk melindungi dan mengembangkannya. Walaupun tidak termakan dengan doktrin mazhab agama hingga menyesatkan, aliran politik ala- syiah makin hari makin kukuh makin kuat makin licik.
Lihat sahaja potensi dan sikap mereka bila menguasai tampuk kuasa negara di dunia Islam. Apakah sikap Iran terhadap krisis di Syiria? Demi menguasai kerajaan sebagai tempat mereka berlindung dan berkembang, kejelikannya mula terserlah, luar jangka, hilang lenyap kemanusiaan.
Sekarang inipun, mereka masih cuba mempengaruhi pimpinan NGO dan parti yang berpengaruh, ditaja perjalanan dan lawatan ke Iran untuk didoktrinkan. Seorang sahabat pimpinan NGO yang pernah ditaja ke Iran menceritakan pengalamannya.... Sungguh strategik dan licik.
Satu budaya baru dalam politik tersembul di depan mata sekitar 2011-2012 dengan tusukan jarum dan adu domba dari telur yang menetas membiak dengan pantas, mencetuskan penentangan keras dan luar batasan untuk menggulingkan pimpinan. Sama ada mereka sedar atau tidak, ia menjalar dan memberi kesan besar merubah lanskap politik. Saya yakin sebahagian besar daripada mereka yang beraksi itu tidak menyedari bahawa diri telah tertusuk.
Ia merungkai wala' dan tsiqah kepada pimpinan, menyembunyikan kebenaran dan membina ketaksuban membuta tuli. Wala' dituduh sebagai 'candu' untuk mengekalkan status qou pemimpin. Patuh dan mentaati pemimpin dipanggil bodek! Biar jemaah Gerakan Islam runtuh, asalkan matlamat politik syiah tercapai. By hook or by crook!
Bolehkan budaya politik liar, maki hamun, fitnah, adu domba, mencela, tikam belakang, berpura-pura lalu meraih sedikit kejayaan - dianggap berada di jalan yang benar, dan selainnya dianggap silap, sebab itu lambat dan gagal?
Kini, di depan mata kita, muncul generasi anak-anak muda yang beramal dengan budaya asing dan pelik. Sesama aliran mereka berbudi berbahasa, dengan orang lain hilang lenyaplah kemanusiaan, yang ada hanyalah kepura-puraan. Ini semua adalah ciri-ciri politik syiah, selari dengan sejarah kemunculannya di penghujung zaman pemerintahan khalifah Al-Rashidin. Syiah adalah mazhab yang hidup atas noltagia lampau. Syiah sebenarnya bukan bermula dengan isu pokok dalam Islam. Syiah hanya bermula daripada suatu aliran politik, lalu dibina dan dibajai sehingga menjadi dogma agama yang tidak dapat dibuang lagi.
Dalam konteks Kedah, sewaktu krisis baru bermula dan jarum mula menusuk beberapa tokoh agama, Presiden PAS telah menjawab sepucuk surat daripada seorang tokoh yang diperkudakan (kemarin baru tahu dirujuk sebagai ketua G14). Surat kepada Presiden itu diserahkan ketika mereka serombongan (yang ditaja) menemui Presiden di Melaka.
Jawapan surat mereka itu mengandungi arahan dan nasihat kepada para tokoh agama supaya jangan gelojoh (isti'jal), menghentikan penentangan, memimpin penyatuan semula, menghentikan tindakan-tindakan 'menebuk kapal' dan kembali patuh kepada kepimpinan.
Alasan kepada permintaan mereka yang tidak dapat dipenuhi ialah kepimpinan sedia ada masih berada di landasan yang benar dan qias yang digunapakai oleh mereka supaya kepimpinan ditukar bukanlah qias yang muktabar. Malahan rujukan sirah mereka dalam peristiwa pemecatan Khalid Al-Walid juga tidak tepat.
Ia diengkari dan disembunyikan. Saya perturunkan di sini supaya ia dapat dihayati dan sejarah pahit itu dapat difahami. Semoga ada perubahan sikap dan persepsi baru dalam menanggapi setiap episod yang membentuk aliran pemikiran. Tajamnya jarum syiah itu sehingga berupaya menembusi hati para tokoh agama yang sudah disiram nasihat dan arahan pemimpin nombor satu. Kalau tokoh agama pun tertusuk, apalagi seorang dua pemimpin muda yang baru mengenali struktur organisasi parti dan seni bermain politik.
Tokoh syiahlah ketawa paling besar bila kita mula bertelagah dan meneruskan pertelagahan.... Mereka jarang berada di depan... sering berada sebaris di belakang supaya jarum tajam dapat ditusuk betul-betul di tengah belakang. Ada yang melompat lompat keseronokan, tanpa sedar ada jarum tercacak di belakang tengkoknya....
Kalaulah mereka saudara kita juga, mengapa berlaku perebutan jenazah? Di mana silapnya fiqah kita dalam pengurusan jenazah, hingga perlu direbutkan? Bila aliran politik ini sudah menjadi agama, bahaya pergelutan masyarakat akan melanda kita semua. Di mana ada syiah, di situ akan ada kacau bilau...!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan