"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib ungkit subsidi mengerjakan ibadat haji, tanda kos pergi haji akan dinaikan?

KUALA LUMPUR: Subsidi yang diperuntukkan kerajaan kepada jemaah haji Malaysia merupakan kadar subsidi yang tertinggi sehingga RM6,000 bagi setiap pendeposit di Tabung Haji.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menerusi pemberian subsidi itu, kerajaan sehingga ke hari ini masih mengekalkan kos mengerjakan ibadat haji itu pada kadar RM9,980.

"Saya dimaklumkan kos sebenar mengerjakan ibadat haji melebihi RM16,000 bagi setiap jemaah.

"Bagi musim haji tahun ini, kerajaan tanggung lebih RM130 juta bagi 22,320 jemaah haji," katanya selepas merasmikan selepas merasmikan Tabung Haji Debit-i Mastercard, Coffee Table Book & Pusat Kewangan Islam (IFiC) di Bangunan TH, di sini, hari ini.

Menurut Najib, sehingga bulan lalu (Mei 2014) seramai 1.5 juta umat Islam telah mendaftar dengan Tabung Haji dan sebilangan besarnya adalah golongan muda dan kanak-kanak.

"Keadaan itu menggambarkan bahawa ekonomi umat Islam kita semakin baik dan mereka semangat yang tinggi untuk mengerjakan ibadat haji.

"Namun senarai jemaah menunggu giliran semakin panjang dan jumlah kouta haji pula terbatas menyebabkan seorang pendeposit terpaksa menunggu hingga 50 tahun untuk mengerjakan haji," katanya.

1 ulasan:

Saufi berkata...

1. Subsidi dari kerajaan atau dari Tabung Haji ?
2. Jika dari Tabung Haji ia sepatutnya dari wang simpanan dan keuntungan ahli yg sepatutnya diagihkan kepada semua.Adakah Tabung Haji pernah minta kebenaran ahli-ahli yg lain yg tak pergi haji?