"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cikgu melampau rogol anak murid berusia 11

SELAYANG: Seorang guru dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas dua tuduhan merogol anak muridnya tiga tahun lalu.

Bagaimanapun Majistret Nurliana Ismail tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada Mohd Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 34, kerana kes itu akan dituduh semula di Mahkamah Sesyen pada Isnin ini.

Ezlie Azram didakwa merogol murid berkenaan yang ketika itu berusia 11 tahun lapan bulan, dalam bilik di rumahnya, Taman Aman Siara, antara jam 1 petang hingga 3 petang, 3 Disember 2011.

Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa pada pertengahan Ogos 2013.

Guru berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zulia Balqish Syed Agil manakala tertuduh diwakili peguam Farhan Read dan Donny Abdullah.

Tiada sebarang jaminan dibenarkan terhadap tertuduh.

Tiada ulasan: