"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak terjun dari kereta dilari penjenayah

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun bertindak nekad terjun keluar dari sebuah kenderaan yang dilarikan penjenayah dalam kejadian di Keramat AU3, di ibunegara hari ini.
 
Kanak-kanak itu yang berbuat demikian ketika kenderaan jenis Mitsubishi Triton tersebut mula bergerak, mengalami cedera ringan di pinggang, tangan dan kaki, kata Ketua Polis Ampang Jaya ACP Khairuldin Saat kepada Bernama.

Katanya kejadian berlaku pukul 12.30 tengah hari ketika bapa mangsa
meninggalkan anaknya di dalam kenderaan tanpa mematikan enjin berhampiran sebuah bengkel.
 
Suspek yang berbadan kurus tinggi dan dipercayai warga tempatan berusia dalam 30-an dilihat turun dari sebuah kereta jenis Proton Persona berwarna kelabu sambil bercakap menerusi telefon bimbit, sebelum melarikan kenderaan tersebut, katanya.
 
Katanya bapa mangsa yang menyedari kejadian cuba menghalang namun gagal menghalang suspek daripada melarikan kenderaannya.

Kanak-kanak itu ditemui bapanya kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian, katanya.
 
Sementara itu, penganalis jenayah Datuk Akhbar Satar mengingatkan ibu bapa supaya tidak bersikap sambil lewa dalam soal keselamatan anak.
 
"Jenayah berlaku kerana ada peluang untuk penjenayah... selagi ibu bapa tidak peka tentang keselamatan anak mereka, kejadian seumpama ini akan terus berlaku walaupun media sering memaparkan isu-isu sebegini," katanya kepada Bernama.
-Bernama-


Tiada ulasan: