"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bukankah manis bila Kak Raja pakai tudung macam ni?

Raja Azmi tampil bertudung selepas buat kenyataan kontroversi
Raja Azmi tetap dengan pendirian bahawa wanita bertudung tidak semestinya akan masuk neraka.
KUALA LUMPUR: Selepas membuat kenyataan kontroversi mempersoalkan dakwaan wanita tidak bertudung akan masuk neraka, kini giliran Raja Azmi pula untuk berhijab.

Semasa menjadi tetamu dalam rancangan hiburan h live! di saluran Astro Ria bersama pengacara Datuk Aznil Nawawi, Raja Azmi membuat kejutan dengan hadir memakai tudung

Menurutnya selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi tersebut, beliau mula berfikir serta mendekatkan diri kepada Allah bagi mendapatkan petunjuk.

“Saya baca Al-Quran dan membuat solat sunat serta solat Tahajud selama tiga hari tiga malam dan pada satu pagi, saya rasa terdetik untuk berhijab.

“Tetapi saya tetap dengan pendirian bahawa jika seseorang wanita itu tidak bertudung tidak semestinya dia akan masuk neraka kerana hanya Allah yang boleh tentukan sama ada seseorang itu akan masuk neraka atau tidak,” katanya dalam wawancara itu.

Semasa ditanya mengenai penerimaan beliau mengenai kritikan dan teguran yang dilemparkan kepadanya, Raja Azmi berkata beliau tidak terguris hati, sebaliknya beliau bersyukur setelah menerima ‘teguran’ daripada Allah yang membuatnya mengambil keputusan untuk berhijab.

Produser ternama yang bakal memperkenalkan koleksi tudung terbaru itu turut berkata bahawa keputusannya untuk memakai tudung bukanlah untuk sementara waktu.

“Saya akan teruskan kerjaya dalam industri hiburan seperti biasa. Saya tidak percaya kepada pendapat yang mengatakan wanita bertudung susah cari makan. Semua ini terletak kepada watak dan tabiat masing-masing,” tambahnya.

Pada April lalu, Raja Azmi membuat kenyataan menerusi media elektronik bahawa beliau tidak setuju wanita Islam tidak bertudung akan masuk neraka.

Kenyataan ini sekaligus mengundang kontroversi kerana dianggap tidak menjaga sensitiviti orang Islam.

ASTRO AWANI

Tiada ulasan: