"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sebab kenapa Dyana Sofya Kalah Di Teluk Intan

Kenapa Dyana Sofya Kalah Di Teluk IntanDatuk Siew Keong dari BN dapat 20,157 undi manakala calon DAP,Dyana Sofya Mohd Daud 19,919 undi.Majoriti 238 undi.
Inilah adat resam dalam sesuatu pertandingan, sudah tentu ada yang kalah dan menang. Dalam isu pilihanraya kecil Teluk Intan amat menarik sekali kerana ia melibatkan seorang gadis melayu bernama Dyana Sofya yang mewakili DAP.

Dan malangnya pertandingan panas ini, Dyana Sofya telah kalah dengan majoriti kecil sahaja iaitu 238 undi.

Kenapa Dyana Sofya Kalah?

a) DAP tersilap strategi meletakkan wakil yang tiada pengalaman dalam bidang politik mahu pun pentadbiran kerajaan.
Kenapa Dyana Sofya Kalah Di Teluk Intan
Kenapa Dyana Sofya Kalah Di Teluk Intan
Berbanding wakil BN yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan. Aku pada mulanya agak pelik kenapa DAP letak wakil yang muda ini.

Masyarakat sekarang sudah pandai menilai wakil mereka bukannya sepeti dahulu wakil dipilih berdasarkan parti politik semata-mata. Pelbagai kriteria harus dimiliki oleh wakil politik mereka terutama ahli parlimen yang akan membuat dasar kerajaan.

Mungkin tidak salah saya katakan Dyana Sofya mungkin lemah dari segi pemidato berbanding lawannya yang mempunyai pengalaman lama berpidato atau berceramah di khalayak ramai.
Sebabnya beliau masih mentah lagi dalam arena politik..

b) Masalah bahasa merupakan isu yang kritikal pada Dyana Sofya sebagai ahli DAP. Kebanyakkan undi DAP adalah dari bangsa Cina dan pemahaman Dyana Sofya dalam lenggok bahasa serta budaya cina aku rasa belum cukup mantap lagi.

Kenapa Dyana Sofya Kalah Di Teluk Intan
Kenapa Dyana Sofya Kalah Di Teluk IntanLagi pun Dyana Sofya yang muda ini adalah lulusan UiTM yang rata-rata penuntut Melayu.

Sudah tentu dari segi data, pergaulan Dyana dengan bangsa Cina agak kurang terutama warga emas atau golongan menengah rendah Cina yang merupakan undi terkuat yang tidak fasih bahasa Melayu atau Inggeris.

Manakala Datuk Siew Keong berbangsa Cina sudah tentu apabila bertemu pengundi "face to face" impak mendapatkan undi adalah lebih tinggi.
c) DAP adalah milik Cina. Pembabitan Dyana Sofya dalam arena politik DAP sedikit sebanyak merunsingkan pengundi Cina. Kenapa Dyana tidak mewakili PKR sebagai wakil Pakatan Rakyat.


Sebagai melayu pada pendapat umum adalah rasional Dyana Sofya mewakili PKR berbanding DAP.

Sejak Tsunami Cina tempoh hari jelas menunjukkan 99% Cina menganggap DAP adalah milik mereka.

Kenapa mereka harus menyokong Dyana. Adakah DAP telah ketandusan wakil Cina dalam pilihanraya kecil Teluk Intan ini.
Mungkin keputusan pada malam ini agak berbeza jika Dyana wakili PKR kerana pengundi Cina masih menerima PKR sebagai Pakatan terkuat.

d) BN tidak boleh mendabik dada atas kemenangan mereka dan mengatakan bangsa Cina telah mula menyokong BN.

Kenapa Dyana Sofya Kalah Di Teluk Intan
Sebenarnya istilah "Tsunami Cina" jika difikirkan secara sempit bermaksud kemenangan Datuk Siew Keong adalah kerana beliau berbangsa cina.

Kenapa Dyana Sofya Kalah Di Teluk IntanDyana tidak dipilih walaupun mewakili DAP kerana ia berbangsa melayu. Dyana Sofya mesti faham di Malaysia ini tension kaum masih menebal lagi terutama di kalangan kelas menengah.

Tidak kira anda berbangsa melayu, cina atau pun india. Tension ini telah lama ujud cuma sejak kebelakangan ini ia disuarakan agak terbuka.
Untuk BN anda jangan tersenyum...anda hanya menang majoriti 238 undi sahaja. Dan bukan bermakna MCA atau BN diterima. Mungkin undi lebihan 238 itu adalah dari undi wakil Melayu.

e) Pengundi Melayu tak sukai Dyana Sofya . Itulah undi lebihan BN dari 238 dari wakil Melayu.. hehehehehe.

Kenapa Dyana Sofya Kalah Di Teluk Intan
Sekali lagi DAP tersilap strategi kerana menyangka Melayu akan menyokong DAP jika Dyana Sofya menjadi wakil DAP.
Sebagai bangsa Melayu persoalan timbul kenapa Dyana Sofya tidak mewakili PKR? Kenapa harus mewakili DAP?

Kenapa Dyana Sofya Kalah Di Teluk IntanDAP kehilangan dua pengundi iaitu Cina dan Melayu dalam pilihanraya kecil ini. Ini berbalik pada persoalan dalam (d) tadi.

Kesimpulannya aku dapat rumuskan Dyana Sofya mempunyai potensi dalam arena politik Malaysia disebabkan ketrampilannya dan wajahnya yang cantik merupakan pakej terbaik.

Tetapi perlu diasah dalam permainan politik negara ini. Dan aku yakin jika Dyana Sofya di didik oleh Lim Kit Siang, aku yakin pada masa akan datang beliau akan pergi jauh kehadapan.
Keyakinan pengundi Cina sedikit demi pasti akan menerima beliau. Bila berbicara soal rasist ini, ia makan masa untuk mendapatkan kepercayaan.

DAP sendiri memakan masa berpuluh tahun untuk dapatkan kepercayaan pengundi Melayu. Nasib baik ia disokong oleh PAS dan PKR...hehehehehehe.

Sumber link

1 ulasan:

kampong lad berkata...

mengenai pengalaman, apa beza antara calon dap teluk intan dgn bukit glugor? kalah kerana pengundi2 dap tak sokong calun melayu. asalkan bukan melayu. menang atau kalah tak akan mengubah kerajaan, sebab itu peratus keluar mengundi rendah. di bukit glugor pun sama.