"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

??? Khalid dalam 'bahaya'.....awas!!!


Khalid yang mana satu nih?


Khalid Ibrahim ke Khalid Samad?
Sudah tentu TS Abdul Khalid Ibrahim.


Tetapi Khalid Samad juga berada dalam 'bahaya' dengan ucapannya seperti DI SINI. Inilah kali pertama saya boleh bersetuju dengannya tetapi kenyataan itu boleh dikira dalam 'bahaya' kerana ia telah di 'scan' oleh radar PKR. Kenyataannya semacam 'belut' kepada PKR.

Tetapi posting ini hanya tertumpu kepada TS Abdul Khalid Ibrahim kerana beliau merupakan key player dalam keutuhan Pakatan Rakyat di Selangor selama mana beliau tidak melibatkan Umno dalam jentera pentadbiran seperti jawatan EXCO dan sebagainya.

Keutuhan PR di Selangor sejauh mana keikhlasan Anwar untuk mengekalkan PAS sebagai rakan 'kongsi' atau sebaliknya. Kalau betul-betul ikhlas, wahai saudara seIslam ku Anwar, janganlah terlalu gopoh dan gelojoh serta menekan2 PAS buat itu...buat ini, begitu jugaklah dengan DAP....come be gentleman and professionallah sikit, tetapi dari gelagat sekarang perkataan itu sudah ter'delete' dari senarai 'vocabulary' mereka.

Dalam isu yang tersangat panas ini hinggakan Umno pun tak larat nak tangguk di air yang tersangat keruh akibat gelodakan PKR, dah lah keruh , tersangatlah panas pulak.

Ramai yang tidak terduga TS Khalid bertindak sepantas itu kalau dibandingkan dengan Anwar yang sudah masak dengan 'strategi-strategi' 'gerak-maut', almaklum sudah lama ter'sembam' dalam kancah Umno maka segala tindak tanduk atau modus operandi Anwar sudah tentu semacam Umno, malah beliau sendiri pun 'sebahagian' dari usianya turun naik Mahkamah mempertahankan segala tuduhan (fitnah?) terhadapnya.

Khalid sentiasa keterdepan dalam isu membabit dirinya.

Beliau mengambil langkah berisiko tinggi apabila memecat EXCO dari PKR dan DAP. Tindakan ini selaras dan selari dengan moralnya yang ...'kalau boss(MB) kamu dipecat dari PKR, sewajibnya kamu berundur secara terhormat dari EXCO sebelum dipecat melainkan kamu sanggup bekerjasama dengan boss kamu (MB)..."

Cuma jangan terlalu laju sangat takut-takut ter'babas' ketika sampai diselekoh kerana anda akan sentiasa di'hambat' sehinggalah tercapai segala kehendak dan nafsu serakah mereka yang berkehendak.

Tidak menghairankan kalau sehari dua ni akan muncul seorang 'jantan lembut' membuat confess beliau diliwat. Hati-hati TSKI, jalan yang dilalui bukan setakat licin tapi penuh dengan onak dan duri yang terselindung, tapi percayalah, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang dizalimi, berani kerana benar, takut kerana salah.

al-brangionline;

Tidak dapat tanduk, telinga pun dipulas.
........

Tiada ulasan: