Sakmongkol AK47
Saya telah menerima suatu warkah rengkas dari Tamrin Tun Ghafar. Saya mengenali saudara Tamrin sejak 3 tahun yang lalu. Sebelum itu saya hanya kenal Tamrin sebagai kenal dada nya- mengetahui akan nya atau dalam bahasa Inggeris- know of him. Reputasi Tamrin mendahului nya.
Tamrin pernah menjadi ahli parlimen selama 2 penggal dan pernah juga menjadi ADUN selama sepenggal. Dia ahli UMNO. Seperti yag diketahui ramai, Tamrin adalah anak kepada almarhum Pak Ghafar atau Tun Ghafar Baba, bekas timbalan perdana menteri Malaysia.
Tamrin telah menjadi ahli UMNO sejak lama dan mempunyai ramai kenalan dalam UMNO. Sahabat nya lebih ramai ketika zaman gemilang nya dari zaman susahnya. Ketika zaman gemilangnya, Tamrin seringkali menimbulkan kontroversi. Tamrin seorang yang berani menimbulkan isiu2 dalam parlimen walaupun terhadap partinya sendiri, UMNO.
Tamrin pernah melibatkan diri dalam gerakan Arqam suatu masa dahulu. Mungkin ianya berlaku dalam fasa hidup Tamrin mencari keselamatan spiritual. Ketika itu ramai rakan2 mencemuhnya dengan mengatakan- ah- kita tahu siapa Tamrin sebenarnya. Perubahan dan tarnsformasi peribadi yang Tamrin cari diremehkan oleh rakan2.
Sejak 3 tahun yang lalu, saya berpeluang bergaul dengan Tamrin secara dekat. Saya pergi berceramah bersama nya, tinggal di hotel atau homestay bersama. Bolehlah saya nyatakan dengan jujur dan ikhlas bahawa transformasi yang Tamrin cari dan diremehkan oleh rakan2 dalam UMNO dahulu , adalah transformasi yang jujur dan benar. Tamrin telah menjadi Tamrin yang baru. seorang yang taat menjalankan ibadah dan seorang yang selalu melakukan renungan keatas isiu2. Sekarang sudah tidak mengejutkan melihat Tamrin berjemaah Subuh dan bangun Tahajjud.
Sejak 2 tahun yang lalu, Tamrin menjadi ahli Parti Islam seMalaysia- PAS. Dia seorang penceramah yang popular dikalangan orang PAS. Pengalaman dan pandangan nya keatas isiu politik Malaysia sangat dihargai.
Berikut adalah suatu pandangan nya mengenai apa yang berlaku ketas PAS dalam isiu Kahlid Ibrahim. Saya perturunkan nya disini secara verbatim.
*******************************************************************
Akum Saudara2ku Tak kan lah sebab Khalid seorang tambah pula sekarang tak berparti ,dan kini d sokong kuat pula oleh musoh utama kita, maka kita sanggup membenarkan parti kita retak. Mungkin ALLAH SWT nak tunjokan kita siapa sebenarnya Khalid . Apakah dia ini musang berbulu ayam.
Berhati2lah apabila musoh mulai memuji kita. Pada saya Khalid bukan jastifikasi untok sehingga kita boleh berpecah dan berpisah .
Kita semua ada kelemahan dan kesilipan. Kita buanglah yg keroh dan ambil lah yg jernih. Semoga rambut yg d tarik tak putus dan dlm masa yg sama tepung tak berselerak. Ini adalah ujian besar kepada kita semua. Sebahagian besar masyarakat telah mula mendampingi kita ; maka jangan sia2kan harapan mereka.
Semoga ALLAH SWT Memberi kita kekuatan dan kewarasan menghadapi cabaran ini. Mohon maaf jika pandangan saya ini tidak bertepatan kepada sesetengah pehak.
Tamrin Tun Ghafar
2 ulasan:
Saya cukup pening klu esok lusa DSAI berani buat pada PAS sebagai mana TSKI...
Pandangan saya, kita kene cari jalan tukar dreber sekarang daripada berebut seat penumpang....
Biar dreber sekarang duduk kat seat penumpang... Dengan siapa kita pakat itu belakang cerita. Yang penting dia boleh bantu kita capai apa yang Allah suruh...
ALLAH sebanarnya dah tunjuk kan siapa yg betul siapa yg salah,
Catat Ulasan