"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Saya sudah bunuh dia, tangkaplah saya'

Glen Stacy
Glen Stacy
MICHAEL Conner kerker, 9, maut akibat ditikam seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ketika sedang bermain di taman permainan di Michigan, Britain.

Pegawai polis berkata, suspek dilaporkan tidak mengenali mangsa dan tidak tinggal di kawasan taman permainan berkenaan.

"Budak lelaki berusia 12 tahun itu memberitahu, dia menyerang mangsa kerana telah mengambil pelbagai pil akibat sangat tertekan," katanya.

Menurutnya, suspek kemudiannya meminta telefon bimbit dari orang awam untuk menghubungi polis dan mengaku telah membunuh seorang kanak-kanak dan meminta supaya ditahan.

"Mangsa meninggal dunia di hospital selepas ditikam di belakang dengan pisau dapur. Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain dengan kanak-kanak lain di taman permainan berhampiran rumahnya di Kentwood," katanya.

Sejurus melihat kejadian itu, kanak-kanak lain melarikan diri untuk mengadu kepada ibu bapa masing-masing.

Pemilik telefon bimbit, Glen Stacy memberitahu suspek menggunakan alasan untuk menghubungi ibunya sebelum meminta izin meminjam telefon bimbitnya.

“Saya mahu mati dan telah membunuh seorang budak. Sila menjemput saya. Itu antara perbualan yang saya dengar.

"Selepas itu, saya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang kanak-kanak mengerang kesakitan dengan berlumuran darah," katanya menurut laporan MaiOnline.

Ketua Polis Kentwood Tom Hillen memberitahu, suspek kini berada di bawah pengawasan Kent County dengan disabitkan tuduhan membunuh.
-sinarharian-

Tiada ulasan: