"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khalid Ibrahim mahu bersihkan nama daripada tohmahan sebelum membuat keputusan menyertai mana-mana parti politik

Tan Sri Abdul Khalid IbrahimSHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan akan menyertai mana-mana parti politik termasuk Pas selepas beliau dipecat dari PKR, Sabtu lalu.
Bagaimanapun Abdul Khalid berkata sebelum mempertimbangkan tawaran tersebut, beliau perlu membersihkan namanya daripada tohmahan yang menyebabkan pemecatannya itu.

"Itu pun (tawaran sertai Pas) akan dipertimbangkan tetapi saya mesti membersihkan diri saya daripada tohmahan-tohmahan oleh PKR sebelum saya membuat apa-apa keputusan," katanya pada sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Semalam sebuah portal berita melaporkan bahawa Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahamd Yakob berkata, Pas sedia menerima Abdul Khalid sebagai ahli parti itu.

Menurut laporan itu, Menteri Besar Kelantan itu berkata pintu keahlian Pas sentiasa terbuka untuk Abdul Khalid yang telah dipecat daripada PKR pada Sabtu lalu kerana masalah disiplin.
-sinarharian-

Tiada ulasan: