"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelakon Terkenal Hollywood, Robin Williams Ditemui Mati Dipercayai Bunuh Diri

LOS ANGELES: Pemenang anugerah Oscar dan pelawak Robin Williams ditemui mati di rumahnya di California disyaki akibat bunuh diri, demikian menurut pihak polis.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, mendian yang berusia 63 tahun ditemui mati sebelum tengah hari di rumahnya di Tiburon, California Utara.

"Pada masa ini, Pejabat Bahagian Koroner Sheriff mengesyaki kematiannya berpunca daripada bunuh diri akibat asfiksia (lemas dan sukar bernafas)," kata kenyataan itu.

Menurut laporan media Amerika Syarikat, pelakon veteran itu menghadapi masalah kemurungan.

Menjadi salah seorang penghibur paling dicintai di AS ketika generasinya, Williams sangat terkenal menerusi sitkom terkenal, Mork & Mindy
-mstar-

Tiada ulasan: