"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakaian menonjolkan buah dada macam ini adalah haram - Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI)

Tranungkite
Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram bagi kaum wanita mengenakan pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat.

MUI mengeluarkan fatwa berkenaan berikutan trend baharu dalam kalangan wanita bertudung yang menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang kini menjadi ikutan di Indonesia.

Golongan tersebut mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala tetapi berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.

"Sudah ada fatwa MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk tubuh, pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen) itu," tegas Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin.

Menurut Ma'ruf, MUI mengeluarkan fatwa itu memandangkan cara menutup aurat oleh golongan itu tidak bersesuaian dan tidak menepati Syariat Islam tentang cara berpakaian.

"Kalau sebahagian menutup aurat, sebahagian lagi masih memperlihatkan bentuk-bentuk yang sensual itu dilarang," kata beliau.

Sehubungan itu, MUI menggesa setiap Muslimah yang sudah bertudung agar memberi perhatian pada cara berpakaian yang menepati Syariat agama.

Sebelum ini, sebuah komuniti wanita Muslimah yang memperkenalkan diri mereka sebagai Jilboobs Community dalam Facebook, memuat turun foto mereka mengenakan pakaian ketat sehingga mencetuskan reaksi kurang senang daripada pelayar-pelayar media sosial itu.

TAKE NOTE: Di Malaysia pun ada yang mengenakan trend jilboobs ini. Rasanya mereka yang mengenakan cara pemakaian seperti ini tidak ubah seperti pakai bikini saja.

Facebook Talian Rakyat

1 ulasan:

Tinta Asyraf berkata...

DUNIA AKHIR ZAMAN LAGU NI LAH...

Assalamualaikum Admin, Saya Asyraf penulis kepada blog www.tintaasyraf.info. dan www.bekamkerumah.com

Saya ingin memohon jasa baik admin untuk listkan blog saya di blogslist admin.

Dulu saya pakai www.tintaasyraf.com, kalau tuan admin pernah listkan blog sy yang dulu saya harap tuan admin buleh la buang alamat blog yg lama tu ye.

Saya hulurkan jutaan terima kasih di atas bantuan tuan admin ini.