"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa ning? macam ayam kokok berdegar degar, ekor bergelumbang taik!

senik
Assalamualaikum,,,
DAP bengong ker apa? masa menyerang PAS, bukan main bising lagi sehingga melampaui batas adat berkawan. Hudud ditentang habis habisan dengan sokongan segeintir umat Islam yang turut mendesak hudud ditangguhkan serta beberapa kerat penyokong Malaysia Malaysian di kalangan rakyat Malaysia yang berugama Islam sehingga ada yang menuduh PAS lembik, tidak mampu ditadbirkan oleh golongan songkok putih yang berperangai macam tikus jatuh ke beras di Parlimen dan macam macam laungan yang menjadi wirid harian mereka diselit dengan ungkapan yang tidak sepatutnya.

Demikian hebatnya DAP ketika galak mengepalai sesi menyerang PAS tetapi apabila PAS bersuara mengajak mereka berdebat, awal awal lagi mereka menolak dan membuat tuduhan budak tadika apabila menyatakan PAS mahu membakar jambatan ikatan kedua dua parti. Kepala otak kau! mana kejantanan kau?

Tindakan DAP kelihatan seperti AYAM yang berkokok berdegar degar tapi ekor bergelumbang taik. Banyak yang perlu diperjelaskan sebelum dapat dilihat apakah tindakan yang diambil PAS itu satu tindakan yang lembik dan tidak bertanggungjawab atau satu tindakan berwasasan, berpandangan jauh dan berhemat. Tetapi malang sekali DAP yang mahu menjadi juara kepada segelintir umat Islam negara yang mencemuh PAS tidak berani berdepan.

NGO hero Goverment zero seperti diwiridkan selepas banjir besar di Kelantan, dakwaan LGE bahawa kerajaan Kelantan tak buat kerja serta kencaman kepada Ust. Nik Abduh kerana bersikap tikus jatuh ke beras di parlimen tetapi lantang di FB sahaja nampaknya akan jadi bubur kacang basi dengan penolakan DAP untuk berdebat.

Satu lagi lagi hal yang pelik ialah tuduhan PAS membakar jambatan ikatan kedua parti, kerana barangkali DAP sudah menghidu akan berlaku perpecahan dalam PR, olih itu sebelum apa apa cari salah PAS dulu. Ajakan berdebat ditafsirkan sebagai permulaan kepada perpecahan ini, persoalannya kenapa DAP yang dianggotai olih intelektual tidak dapat melihat keikhlasan dan berpandangan positif dari ajakan berdebat ini? Itulah yang peliknya!

Sedarkan DAP bahawa penolakan ini hanya meninggalkan kelompok penyokong mereka di luar parti yang turut sama menyerang PAS selama ini tanpa haluan. Atau mungkin mereka mahu menawarkan diri menggantikan DAP untuk berdebat? Kalau itu kesnya, menarik untuk dilihat perkembangan seterusnya.

Tiada ulasan: