"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ceramah Rakyat Hakim Negara di Kulim, Kedah Juga Hambar (Gambar)

Tranungkite
Sambutan dan angka kehadiran jauh lebih kecil dari dulu apabila ceramah membabitkan DSAI.... tidak nampak kelibat para penyokong dan pendokong PAS terutamanya Unit Amal Malaysia dalam penganjuran ceramah sepenting ini.

Itulah adalah antara rungutan dan maklum balasa yang Omak Kau terima beserta dengan beberapa rakaman gambar Siri Jelajah Rakyat Hakim Negara Liwat II malam tadi yang berlangsung di Kulim, Kedah.
Anak-anak muda kelihatan amat kurang sekali .. hanya para penyokong dan pendokong bertaraf tegar dan totok sahaja yang datang memberikan sokongan.

Suasana sudah tidak semeriah dan sehebat semasa siri kempen-kempen Pakatan Rakyat dulu terutamanya yang melibatkan DSAI.

Dulu jam 8.00 malam padang dan lokasi dah penuh sesak .... kereta terpaksa diletakkan dalam jarak melebehi 3km jika mau sampai ketempat ceramah .. tetapi malam tadi sudah tidak ada lagi suasana sedemikian .. orang ramai mulai membanjiri tempat ceramah hanya lebih kurang 15 minit sebelum DSAI tiba itu pun angka kehadiran dikatakan dalam lingkungan tidak lebih dari 1,500 orang sahaja .. kehadiran yang amat mengecewakan sekali.
Kena terima hakikat sama ada suka atau tidak suka bahawa tanpa penglibatan dan kerjasama dengan PAS, setiap ceramah dan program anjuran PKR pasti dilihat suram dan suam-suam kuku.

Jelas pergolakan dan perbalahan dalam Pakatan Rakyat sudah ada kesannya dengan siri Jelajah Rakyat Hakim Negara Liwat II sudah menerima kesan dan tempiasnya.

Kalau masih lagi berkepala besar dengan enggan campak jauh-jauh keegoan, terus terang Omak Kau cakap ... Kedah bakal kekal ditangan UMNO/BN pada PRU 14 nanti walaupun isu-isu yang dibawa jauh lebih kuat dan bersifat mega mampu menggugat UMNO/BN bandingkan dengan isu-isu PRU 13 lalu.

Jadi tidak ada makna dan ertinya jika DSAI bebas dan terus mengemudi Pakatan Rakyat jika pencapaian pada PRU 14 nanti jauh lebih kecil dari apa yang ada sekarang.

Tiada ulasan: