"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Beg sekolah bercorak lucah timbul tanda tanya (Gambar)

Tranungkite
Beberapa foto gambar beg sekolah yang mempunyai corak gambar lucah tersebar di laman sosial dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada pengguna terutamanya yang di bawah umur.

Beg berwarna kelabu dan berjenama Burton itu dikesan mempamerkan gambar lucah pada bahagian dalamnya, namun, lokasi penemuan beg terbabit bagaimana pun tidak dinyatakan.
Beg tersebut berwarna kelabu dan berjenama Burton
Beg tersebut berwarna kelabu dan berjenama Burton

Jika sekali pandang, pengguna mungkin sukar untuk mengesannya kerana ia kelihatan seperti corak biasa, tetapi, jika diperhatikan dengan lebih teliti, imej yang terpampang adalah gambar lucah.

Gambar terbabit menunjukkan imej kumpulan lelaki dan wanita sedang melakukan hubungan seks dan berlatar belakangkan warna biru.

Penemuan beg yang mempunyai gambar lucah itu kemudiannya telah dimuat naik gambarnya menerusi blog suarashiro.com.
Gambar terbabit menunjukkan imej kumpulan lelaki dan wanita sedang melakukan hubungan seks dan berlatar belakangkan warna biru.
Gambar terbabit menunjukkan imej kumpulan lelaki dan wanita sedang melakukan hubungan seks dan berlatar belakangkan warna biru.

Penulis blog yang peka itu kemudian telah menulis pada blognya yang meminta agar rekaan sebegini haruslah dipantau kerana tidak mustahil kanak-kanak akan terbeli beg tersebut dan kemudiannya melihat imej-imej yang tidak senonoh yang terkandung dalam beg itu.

1 ulasan:

ISRA ISMAIL berkata...

gambar nie sebenarnya dah lama

http://faceblogisra.blogspot.com/2015/02/beg-sekolah-berjenama-burton-terdapat.html