Kenyataan media yang dikeluarkan syarikat Edelman berhubung laporan nahas helikopter di Semenyih, semalam.
Dear Members of the Media.
Good evening, my name is Joseph Cheong from Edelman Public Relations, representing IGB REIT Management.
With regard to the unfortunate helicopter incident and tragic loss of life earlier today, it has been mistakenly reported that Datuk Robert Tan of IGB was a passenger on that flight.
We can confirm that Datuk Robert Tan of IGB REIT Management was NOT on that flight and is alive and well.
There will be a formal statement made very soon.
If you have any questions, please feel free to contact me directly onjoseph.cheong@edelman.com.
Thank you for your assistance.
Regards,
Joseph Cheong
Edelman
Suite 23.02, Level 23 Menara IGB
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung keluar mayat mangsa nahas helikopter yang terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih malam ini untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat.
PETALING JAYA: Mayat enam individu termasuk bekas menteri, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam kejadian nahas helikopter di kawasan ladang getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang Sabtu kini dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Proses pengecaman oleh ahli keluarga mangsa serta bedah siasat akan dijalankan di HKL.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, operasi sudah ditamatkan kira-kira pukul 9.30 malam.
"Mayat terakhir yang dikeluarkan dari tempat helikopter itu terhempas pada pukul 8.15 malam," katanya.
Berdasarkan maklumat yang diterima, helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu dipandu Kapten Cliff Fournier itu meletup di udara.
Azlin Alias
Selain Dr Jamaluddin, helikopter tersebut turut dinaiki Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, seorang ahli perniagaan dari Kedah, Datuk Robert Tan, seorang yang dikenali sebagai Ajdiana Baiziera yang dipercayai pembantu juruterbang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Mohd Raskan Seran dari Sabah yang turut terkorban dalam nahas itu.
Mohd Razkan Seran
Sebentar tadi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Jamaluddin juga Ahli Parlimen Rompin serta ahli Majlis Tertinggi Umno yang berada dalam pesawat yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang itu terkorban bersama lima yang lain
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bergegas ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menemui keluarga mangsa nahas helikopter yang mengorbankan enam nyawa, petang Sabtu.
Beliau tiba pada pukul 11.53 malam bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, pasangan pengantin baharu, Nooryana Najwa serta suami, Daniyar Nazarbayev ke HKL dari lokasi kejadian di Semenyih.
Perdana Menteri dilihat memasuki pekarangan Unit Forensik HKL di mana ahli keluarga mangsa juga berada di situ untuk proses pengecaman dan bedah siasat.
Pada pukul 12.27 tengah malam, dua trak polis yang membawa enam mayat mangsa termasuk Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Azlin Alias tiba di HKL.
Empat yang turut terkorban adalah pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran, ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang, juruterbang, Kapten Clifford William Fournier dan pembantu operasi, Aidana Baizieva.
Sementara itu, difahamkan, jenazah Jamaluddin akan dibawa ke kediamannya di Lorong Kuda Emas 2, Mines Country Club and Golf Resort di Seri Kembangan sebelum disolat dan dikebumikan sebelum solat Zuhur di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
-mstar-
-mstar-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan