"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terkini 'Wanita misteri' Kyrgystan ini bekerja sebagai pengurus restoran?



Aidana_Baizieva_2
Menurut laman web Gaukhara.com, Aidana Baizieva atau Aidana Karabasova adalah seorang jurnalis muda yang berasal dari Kyrgyzstan dan masih menuntut di International University of Information Technologies JSC dan dijangka menghabiskan pengajian pada 2016

--------------------------------

PETALING JAYA: Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengesahkan identiti penumpang keenam melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan keputusannya akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi.
Katanya, bapa Aidana Baizieva telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan proses untuk membawa beliau ke sini bagi urusan tuntutan mayat sebaik sahaja identiti itu disahkan sebagai anaknya sedang dilakukan.

"Dia tidak percaya bahawa mayat itu adalah milik anaknya," katanya.

Sultanov berkata Baizieva tidak mendaftar dengan pihak kedutaan, jadi maklumat mengenai dirinya tidak lengkap buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Baizieva telah menamatkan pengajian dari Universiti SEGI pada tahun lalu dan bekerja sebagai pengurus restoran di negara ini.

Jelas Sultanov, pihak kedutaan tidak akan mendedahkan gambar Baizieva sehingga pegawai mengesahkan identiti mangsa keenam itu.

Ketika ditanya sama ada Baizieva adalah sahabat kepada juruterbang helikopter malang itu, beliau berkata pihak kedutaan sedang menyiasat mengapa wanita tersebut turut berada di dalam helikopter tersebut.
-mstar-

------------------------
Spekulasi muncul kenapa terdapat seorang warganegara Kyrgystan dalam helikopter yang terhempas di Semenyih dan mengorbankan enam orang pada Sabtu.

Aidana Baizieva, salah seorang penumpang dalam helikopter itu, tetapi tidak seperti pihak lain, identitinya masih misteri setakat ini.

Mayatnya telah dikenal pasti hari ini oleh seorang wanita, dipercayai anggota keluarga, yang enggan bercakap kepada media.

Seorang pegawai kedutaan Kyrgystan mengesahkan kerakyatan Aidana dan memberitahu mStar bahawa dia berada di Malaysia sekurang-kurangnya setahun.

Maklumat lain, daripada laporan The Malaysian Insider, menyebut Aidina masih bujang.

Aidana dikenal pasti oleh Kementerian Pengangkutan pada Sabut malam sebagai pembantu operasi helikopter.

Spekulasi menyebut bahawa beliau pembantu juruterbang tetapi Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata dia bukan pembantu juruterbang kerana helikopter itu tidak memerlukan pembantu.

Menteri: Pekerja syarikat penerbangan
Aidana_Baizieva_3
Dakwaan bahawa seorang wanita bertudung yang bergambar bersama juruterbang helikopter itu Clifford William Fournier itu sebagai Aidana juga ternyata palsu.

Selain Aidana dan Fournier, penumpang lain dalam helikopter itu ialah anggota Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis, setiausaha sulit perdana menteri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang serta pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.

Kumpulan itu sebelumnya hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang.

Punca nahas masih disiasat.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini turut mengulas mengenai identiti Aidana yang menimbulkan tanda tanya.

Liow sekali lagi menegaskan mangsa wanita itu adalah kakitangan syarikat penerbangan berkenaan dan bukan pembantu juruterbang, lapor Bernama.
-malaysiakini-
-------------------------------------------------
Nahas Helikopter: Identiti Mangsa Keenam Masih Misteri

Antara wakil kedutaan Kyrgyztan hadir ke Jabatan Forensik Hospital Besar Kuala Lumpur di Kuala Lumpur pada Isnin. Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Misteri menyelubungi mangsa keenam nahas helikopter Sabtu lalu apabila identitinya masih belum dikenal pasti seperti yang didakwa oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Seorang jurucakap hospital memberitahu pemberita bahawa tidak dipastikan bahawa mayat berkenaan merupakan Aidana Baizieva seperti yang dilaporkan media.

"Kami juga tidak pasti jantina mangsa.

"Satu perkara yang kami dapat sahkan bahawa sekumpulan pelawat dari Kedutaan Kyrgyzstan tiba di bilik mayat pagi ini," katanya.

Jurucakap itu turut mendedahkan bahawa Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sedang mempersiapkan kertas kerja yang diperlukan sebelum menuntut mayat juruterbang, Kapten Clifford Fournier.

"Ia merupakan kes polis dan siasatan sedang berjalan maka kita tidak boleh mendedahkannya lagi," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahussin yang nyaris terlibat dalam nahas helikopter Sabtu lalu apabila beliau turun di Muadzam Shah di Rompin, kira-kira kurang sejam sebelum insiden berlaku berkata, beliau tidak mengetahui siapakah wanita yang duduk di sebelah juruterbang.

"Saya tidak pernah berjumpa dengannya sebelum ini dan saya tidak bertanyakan siapa dia.

"Syarikat helikopter sepatutnya lebih tahu kerana juruterbang akan memaklumkan mengenai setiap pergerakan kepada menara kawalan atau syarikat," katanya.

Terdahulu, wanita berkenaan yang dipercayai merupakan saudara tiri Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Dia tiba bersama seorang pegawai Kedutaan Kyrgyzstan di bilik mayat HKL kira-kira pukul 10.45 pagi.

Seorang jurucakap Kedutaan Kyrgyzstan mengesahkan Baizieva merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia.

"Rekod menunjukkan dia (Baizieva) berada di Malaysia hampir setahun," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Baizieva dikatakan terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu yang turut mengorbankan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita itu dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter dan kemudiannnya disahkan sebagai kakitangan syarikat penerbangan swasta, Cempaka Aviation.

-mstar-

Tiada ulasan: