"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khayal dengan biskut ganja (Gambar)

Tranungkite
Seorang pelajar kolej yang ditangkap ibu sendiri ketika khayal, ‘membantu’ polis di sini membongkar modus operandi terbaru yang digunakan penjual dadah.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, pelajar berusia 20 tahun itu khayal dan berhalusinasi selepas mengambil biskut seperti biskut ‘chipsmore' yang mengandungi dadah.

Adzhar mendedahkan ini pertama kali mereka mendapat kes begitu dan berkata pelajar itu ditangkap pada 17 Mei lalu kira-kira jam 3 petang apabila ibunya menelefon dan merungut anaknya berkelakuan ganjil selepas memakan biskut itu.

"Selepas menguji biskut berkenaan, didapati ia positif THC atau lebih dikenali sebagai ganja," kata Adzhar.

Katanya pelajar itu mengaku membeli dua balang biskut berganja atau dikenali sebagai ‘Biskut Raksasa' dari kumpulan di Facebook dengan harga RM120.

"Dia mendakwa siapa yang menyelenggara kumpulan Facebook itu atau memberi nombor telefon mereka. Semua transaksi dilakukan menggunakan media sosial," kata Adzhar.

Katanya lagi, pelajar itu merupaka pengguna dadah pasif sejak tiga tahun lalu dan menyalahkan tekanan rakan sebaya lalu mula menghisap ganja.

"Pelajar itu kemudian menemui kumpulan Facebook dan mula berkomunikasi dengan pentadbir kumpulan itu melalui mesej di Facebook," kata Adzhar.

Dipercayai bahawa selain daripada biskut, kumpulan itu turut menjual gula-gula dan coklat mengandungi dadah.

Katanya kes itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas mendapat keputusan daripada Jabatan Kimia yang melakukan ujian ke atas sampel biskut berkenaan.

Tiada ulasan: