"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rahsia Besar Didedahkan Oleh Awang Selamat Demi Mempertahankan Kepimpinan Ulama PAS?

Ada kuasa besar sokong pencalonan Ahmad Awang
Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang disokong pihak yang mahu melihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama dicabar, kata Mingguan Malaysia. – Gambar ihsan Ahmad Awang, 17 Mei, 2015.
Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang disokong pihak yang mahu melihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama dicabar, kata Mingguan Malaysia. – Gambar ihsan Ahmad Awang, 17 Mei, 2015
Peluang Ahmad Awang menjadi presiden PAS menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan PAS bulan depan dilihat tipis, tetapi beliau masih ada harapan menang kerana ada kuasa besar di belakangnya yang menyokongnya, lapor Mingguan Malaysia hari ini.

Melalui ruangan analisis Awang Selamat, akhbar milik Umno itu berpendapat, bekas naib presiden PAS itu tidak bersendirian tetapi disokong pihak yang mahu melihat Hadi dan ulama dicabar, terutamanya mereka yang dilabelkan sebagai golongan Anwarinas.

Selain itu, anggota Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) yang menurut Utusan, bersifat pro-DAP, juga menyokong bekas pesuruhjaya PAS Perak itu.

"Awang tidak melihat keputusan Ahmad untuk bertanding akan memberi impak, beliau sudah dianggap pemimpin lesu dan tiada pengaruh. Atas kertas, peluangnya untuk menang tipis.
"Namun dengan munculnya Ahmad, golongan Anwarinas dan PasMa yang pro-DAP mendapat harapan baru untuk memberi tamparan kepada Hadi dan golongan ulama.

"Ahmad boleh mendakwa beliau membawa suara akar umbi, tetapi majoriti ahli PAS boleh membaca apa yang tersirat," katanya.

Awang berpendapat, antara pihak paling suka Hadi dicabar tentunya DAP yang sudah memutuskan hubungan dengan ahli Parlimen Marang itu ekoran isu hudud di Kelantan yang dianggap menjadi penghalang agenda DAP dan Anwarinas.

"Jadi, dari dalam parti, Ahmad tidak bersendirian. Kuasa di belakangnya juga bukan sebarangan.

"Ia bukan sekadar kisah cacing mahu menjadi naga, tetapi lebih daripada itu. Ahmad tahu... Hadi juga tahu," katanya.

Pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 4 hingga 6 Jun ini menyaksikan Hadi pertama kali dicabar sejak 13 tahun menerajui PAS, selepas mengambil alih jawatan presiden daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada tahun 2002.

Sementara itu, pengarang akhbar itu, Zulkiflee Bakar dalam kolumnya berkata, lapan pencalonan yang diterima Ahmad, berbanding Hadi yang mendapat lebih 90 pencalonan, tidak dianggap satu halangan.

Katanya, situasi sama pernah terjadi apabila Nasharuddin Mat Isa pernah menewaskan Hassan Shukri bagi jawatan timbalan presiden PAS walaupun ketika itu beliau hanya mendapat dua pencalonan.

"Walaupun peluang beliau dilihat tipis, namun ada pihak menganggap penyertaan Ahmad sekadar untuk menjejaskan imej Hadi.

"Jika Ahmad berjaya memperolehi undi yang besar, biarpun tewas, ia sudah cukup dijadikan 'peluru' pihak tertentu bagi mendakwa pengaruh Hadi semakin terjejas dalam PAS," kata Zulkiflee.
-malaysianinsider-
*Sekian lamanya Awang Selamat menghina, memfitnah PAS, sekarang mempertahankan  kepimpinan ulama dalam PAS?

Tiada ulasan: