"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pandikar buat saya ni macam pembohong, malulah saya - Mahathir (video)

Dr M: Pandikar memang mengaku tak puas hati
Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas bahawa speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memang menyatakan hasratnya untuk berundur ketika mereka berdua bertemu.

“Beliau mengaku (ketika) dia jumpa saya. Saya tak suruh. Dia jumpa saya dia kata tak puas hati dengan kerajaan.

“Dia kata nanti nak bersidang dia akan beritahu PM nak letak jawatan,” katanya.

Justeru, kata Mahthir, penafian Pandikar kemudiannya tentang perkara itu telah memalukan dirinya kerana beliau seolah-olah berbohong.

"Dia memalukan saya dengan kata dia tak letak jawatan. Sedangkan dia jumpa saya. Saya tak suruh dia datang jumpa pun.

"Dia kata dah bagi surat pada Najib. Saya cuma ulang apa dia kata. Dia kata saya ni macam bohong. Malulah saya," katanya pada sidang media selepas pelancaran buku jilid kedua “Surat Kepada Pemimpin Dunia” di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan menemui Pandikar selepas ini, Mahathir hanya berkata: "Tak tahulah."

-malaysiakini-

Tiada ulasan: