"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib pilih ahli keluarga jadi Ketua Propaganda ganti Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis?

kadir,najib,group
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan akan melantik ahli keluarganya mengetuai pasukan propaganda bagi menggantikan tempat Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata, individu dan pasukannya akan dibantu sekumpulan pemimpin kontroversi UMNO untuk membuat serangan balas terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan terbaru, ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tanpa menyatakan sumber, beliau berkata, maklumat itu diperolehi hasil perjumpaan-perjumpaan, daripada pejabat menteri kabinet, ibu pejabat UMNO, bilik eksekutif dan Pejabat Media Perdana Menteri sendiri.

Menurut Kadir, pasukan baru akan disertai Rizal Mansor (Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor), Datuk Seri Farid Redzuan ( bekas CEO TV3), Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi dan Tan Sri Lim Kok Wing sebagai Penyelaras Program Khas Perdana Menteri.

“Kita akan menjangkakan aktiviti perang psikologi yang menarik di media arus perdana dan alam siber,” tulisnya dalam entri terbaru diblognya.

Katanya, individu berkenaan tidak akan lagi membenarkan Najib menghadiri perhimpunan seperti di Tawau, ‘menumpahkan air mata darah’ berhubung isu 1MDB dan menyalahkan pihak lain dalam skandal itu serta tidak lagi muncul di TV3 seperti sebelum ini.

Dalam masa yang sama, Kadir berkata dia mendengar ahli Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) cuba mensabotaj laporan 1MDB.

Kadir turut membangkitkan beberapa persoalan tentang skandal 1MDB yang perlu difikirkan oleh semua.

Katanya, adakah laporan terakhir 1MDB telah disiapkan kerana banyak kecelaruan yang timbul sejak kebelakangan ini.

Menurut Kadir, pengakuan Najib bahawa tiada wang tunai dalam 1MDB di Singapura sebaliknya hanya kertas aset adalah berbeza dengan kenyataan awalnya pada Mac lalu.

“Adakah Najib cuba menggelirukan rakyat atau beliau berbohong dalam Parlimen?, katanya yang merujuk kepada kenyataan Najib sebelum ini bahawa 1MDB menunggu masa yang sesuai untuk membawa pulang wang tunai yang disimpan di Singapura.

“Kertas aset apa yang Perdana Menteri cakapkan,” katanya.

Kadir juga membangkitkan tuduhan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang mendakwa ahli perniagaan, Jho Low, terlibat secara langsung dalam 1MDB.

“Adakah dia mempunyai bukti sahih yang boleh diberikan kepada PAC?

“Adakah benar Ahli Lembaga Pengarah 1MDB telah diminta meletak jawatan oleh Kementerian Kewangan?, soalnya lagi.

Isu 1MDB lebih serius apabila ada dakwaan bahawa seorang bekas pegawai atasan akan didakwa kerana salah urus.

Menyentuh laporan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengambi alih Loji Janakuasa Arang Batu 2000MW atau Projek 3B daripada 1MDB, Kadir berkata, Khazanah Nasional selaku pemegang kepentingan terbesar menentang pembelian itu yang merupakan langkah menyelamat 1MDB.
-freemalaysiatoday-

Tiada ulasan: