"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pendakwah terkenal cedera ditetak di kepala

Darah Fauzi yang cedera ditetak pada kepala jelas kelihatan pada lantai hadapan rumahnya semalam.
KUALA LUMPUR: Penceramah bebas, Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman (gambar kecil) menerima lapan jahitan di kepala selepas ditetak seorang lelaki yang cuba merompak iste­rinya di hadapan rumahnya di Taman Batu Muda, Jinjang di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, Fauzi, 61, yang juga merupakan penceramah program Al-Kuliyyah yang dita­yangkan di TV3, dikatakan berusaha menyelamatkan isterinya daripada di­serang suspek sebelum dia ditetak pada kepala menggunakan sebilah parang kecil.

Menceritakan semula kejadian berkenaan, Fauzi memberitahu, isterinya Siti Radiah Mat Amin, 50, keluar membeli barang untuk masak tengah hari berdekatan kawasan rumah sebelum lari melulu memasuki semula rumah.

Jelas bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya itu, belum sempat beliau bertanya kepada isterinya mengapa berkelakuan sedemikian, tiba-tiba seorang lelaki menyerbu masuk ke anjung rumahnya lalu mengacukan parang dan mengarahkan mereka agar tidak menjerit.
-kosmo-

Tiada ulasan: