Datuk Seri Najib Tun Razak harus menyatakan dengan jelas mengenai derma RM2.6 billion ke dalam akaun persendiriannya dan tidak memadai sekadar menyatakan ia berasal dari Timur Tengah.
Penganalisis politik dan pensyarah, Dr Maszlee Malik berkata, selain negara Arab, Israel juga termasuk dalam rantau Timur Tengah.
“Kalau cakap dari Timur Tengah, sekarang kita tak tahu dari mana derma itu. Boleh jadi Israel kerana perdana menteri cakap dari middle east.
“Kalau bukan dari Israel, nyatakanlah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Padas 5 Ogos lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataanbahawa wang itu disumbangkanoleh pihak tertentu “dari Timur Tengah”.
Bagaimanapun SPRM berkata mereka tidak boleh mendedahkan identiti “penderma” tersebut.
Perkara sama turut diakui Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Derma OK tapi mesti telus
Maszlee berkata, bagi mengelak sebarang syak wasangka Najib tiada pilihan kecuali berterus terang mengenai identiti penderma itu.
Katanya, perdana menteri merupakan seseorang yang diharapkan semua pihak untuk mentadbir negara.
Justeru, katanya, seorang perdana menteri mesti bersikap telus.
Tambahnya lagi, ketelusan itu boleh dilihat di negara lain seperti AS apabila ahli politik dan pentadbir negara itu sering mendedahkan sumber sumbangan diperoleh.
Namun, katanya, bagi mengelak salah faham wang sumbangan tersebut tidak dimasukkan ke akaun persendirian pemimpinnya.
“Di AS sendiri mereka membenarkan derma tapi mestilah telus.
“Sekiranya ia tidak berlaku begitu, ia dilihat seperti tidak ada integriti,” katanya.
Sementara itu anggota Biro Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wan Ji Wan Hussin berkata, seorang pemimpin yang baik dan mempunyai kredibiliti harus jujur.
“Pemimpin yang baik, ada kredibiliti dan jujur harus nyatakan siapa yang menderma,” katanya.
Kata Wan Ji lagi, di zaman Nabi Muhammad amil pengutip zakat pun perlu memberitahu jumlah zakat yang diterimanya.
“Wang zakat pun perlu diberitahu jumlahnya, apatah lagi derma (RM 2.6 bilion) yang diterima seseorang pemimpin,” katanya.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan