"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khalwat: JHEAINS tahan model sambilan kerana percubaan melakukan persetubuhan haram

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan seorang model sambilan pakaian muslimah kerana berkhalwat dengan pasangannya di sebuah bilik hotel bajet di pekan Jempol, di sini, Isnin lalu.

Menurut sumber, wanita berusia 38 tahun itu ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki dipercayai duda berusia 34 tahun yang juga rakan sepejabatnya.

“Mereka dikatakan menyewa bilik hotel itu kira-kira jam 2 pagi bagi melakukan perbuatan terkutuk.

“Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar hasil operasi dijalankan sepasukan penguat kuasa JHEAINS di hotel berkenaan, kira-kira jam 5 pagi,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, ketika serbuan, penguatkuasa mengetuk pintu bilik berulang kali sebelum lelaki terbabit membukanya.

Bagaimanapun, katanya, lelaki itu yang terkejut memberi kerjasama dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang wanita bukan muhrim dengannya.

"Pasangan terbabit dibawa ke pejabat JHEAINS untuk siasatan lanjut mengikut mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (EJSNS) 1992 iaitu percubaan persetubuhan haram dan sewaktu pemeriksaan tiada berlaku sebarang perkara tidak diingini.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda RM3,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya
-sinarharian-

Tiada ulasan: