"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

September Ini PAS Bakal Pecah Dua Lagi

ramziredang
"September ini bakal menyaksikan tertubuhnya parti islam yang baru, yang membawa konsep 'Islam rahmatan lil 'alamin, rahmat kepada semua. Ianya berlainan sama sekali dengan PAS, yang 'rahmat hanya untuk ulama'. Kalau bukan ulama adalah sekular. Kalau bukan ulama, adalah sampah yang patut dibersihkan. Kalau bukan ulama, adalah barua DAP. Erdogan, nyamuk, bla bla bla.
Bila saja nanti tertubuhnya parti islam baru yang dibawa oleh Harapan Baru, maka dari saat itu akan terbinalah satu Pakatan baharu yang lebih kukuh dari dulu yang menggantikan pakatan rakyat yang telah dihancurkan oleh PAS.

Bila saja pakatan 2.0 diistiharkan, maka pada saat itu PAS akan melaungkan pula PKR adalah pengkhianat. PKR akan dijaja sebagai tidak setiakawan. PKR akan dijaja sebagai perosak Islam.

Dari rentetan tertubuhnya parti islam baharu nanti, maka akan berlaku satu rancangan momokan besar besaran oleh PAS dan UMNO bahawa melayu dan Islam sangat terancam. Kononnya kuasa orang melayu sangat lemah. Kononnya pada masa itu akan digembar gemburkan kuasa orang bukan Islam terutamanya DAP semakin gagah.(pada saat inipun perkataan chaunvinis telah bermain dibibir semua pemimpin UG)

Dan......dan....tentu sahaja akan diselitkan, oleh kerana Islam dan melayu telah terancam, maka inilah masanya PAS perlu bersatu dengan UMNO.

Ceramah ceramah akan diadakan seluruh negara. Tamrin, usrah atau apa apa panggilan yang menampakkan islam akan diadakan secara agresif nanti supaya ahli dapat menerima usaha supaya PAS bersatu dengan UMNO.

Namun percayalah, walaupun rancangan ini telah diatur sekian lama oleh sebahagian dari mereka, saya tetap percaya rancangan mereka akan gagal. PAS pasti akan berpecah dua lagi.

Pada masa sekarang memang ramai yang setia dengan PAS, kerana mereka belum tahu agenda jahat yang sedang diaturkan sekian lama oleh sebahagian pemimpin pemimpin PAS.

Saya pernah buat kajian rambang beberapa penyokong tegar PAS dengan bertanya soalan, "Apa akan kamu lakukan jika PAS bergabung dengan UMNO?" mereka menjawab, "tak mungkin".

Saya tanya lagi, "baiklah, andaikata, PAS bergabung dengan UMNO?, andaikan saja ianya berlaku?"..mereka tetap menjawab, "tidak mungkin"

Satu jawaban psikologi yang menggambarkan mereka sendiri tidak akan dapat membayangkan PAS akan bersatu dengan UMNO.

Mereka mereka ini terlalu naif untuk mengetahui tentang TASK FORCE 2010. Mereka terlalu dungu untuk mengetahui bagaimana abdul hadi menyeludup masuk ke dalam kereta pemimpin UMNO, semata mata untuk dapat masuk ke Seri Perdana.

Dalam tulisan saya yang lalu, saya telah nyatakan untuk meneruskan AGENDA SULIT 2 mereka, mereka akan memainkan sentimen takfiri. Mereka akan gambarkan kepada ahli siapa yang keluar PAS akan jadi seperti keluar Islam. Mereka yang menubuhkan parti baru akan digambarkan sebagai pengkhianat kepada jemaah Islam.

NAH...telah ada bukan? Sehari dua baru ni kita sudah ada membaca di harakah, sehinggakan tahap 'wajib dibunuh'.

Sebagai kesinambungan kepada barang siapa yang keluar PAS adalah seolah keluar perjuangan Islam....akan ada pula 'regu'nya nanti.

Cuba ingat baik baik apa yang saya akan katakan ini dan nantikan keadaannya yang akan berlaku nanti.

Sampai masanya nanti, pemimpin PAS akan menyatakan, UMNO sekarang sudah tidak sama dengan UMNO yang dulu. UMNO sekarang sudah menerima Islam. UMNO sekarang sudah berlembut. UMNO sekarang sedang cuba menyelamatkan melayu dan Islam. UMNO wajib dipertahankan. PAS perlu bergabung untuk menyelamatkan melayu dan Islam.

Sebenarnya beberapa pemimpin PAS, terutama harun din, sudah tidak sabar untuk bergabung dengan UMNO. Harun din berkata, "sekaranglah masa sesuai untuk bergabung dengan UMNO, jangan tunggu dekat pilihanraya baru nak bergabung, nanti terlambat ahli tak dapat terima"

Tapi beberapa pemimpin tidak berani hendak menmpakkan hal ini macam terlalu drastik.

Dan masa yang sesuai untuk mereka menyatakan hal ini adalah, ketika tertubuhnya parti islam baru yang dibawa oleh harapan baru iaitu pada bulan september nanti. Andaikata pada masa itu mereka mengambil kesempatan untuk mengistiharkan perlu bergabung dengan UMNO, maka pada saat itulah PAS pasti akan berpecah lagi.

Oleh kerana PAS pada masa itu telah hilang jati diri Islamnya, maka saya memberi tempoh dua tahun untuk PAS berkubur, samada mati terus atau 'hidup segan mati tak mau '
-detikdaily-

1 ulasan:

Unknown berkata...

Apabila pimpinsn memberi arahan maka kena wala krn konsep wala tlh ditanam lama