"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki meraung akibat peha tertusuk besi (Gambar)

FMT Reporters
mangsa_bomba_600
PETALING JAYA: Seorang lelaki hanya mampu meraung kesakitan apabila peha kanannya tertusuk besi selepas dia terlibat dalam kemalangan.

Mangsa Zakaria Kassim, 39, yang memandu kereta jenis Proton Saga model BLM telah merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 45, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.41 pagi, Khamis.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke Kuantan dari Bentong.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan dalam satu kenyataan berkata, lapan anggota bersama satu jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, anggotanya mendapati mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dengan sebatang besi dipercayai besi belakang kenderaan berat itu tertusuk paha kanan mangsa.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa menenangkan mangsa yang tidak dapat menahan kesakitan sebelum anggotanya bertindak memotong besi tersebut.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Bentong (HB) untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan keadaannya dilapor stabil.

Tiada ulasan: