"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Semakin ramai tinggalkan PAS kerana pemimpin telah tersasar

ZULKIFLI SULONG
PAS melihat ramai ahlinya meninggalkan parti kerana haluan dan pendekatan parti tersebut semakin lari daripada apa yang dikehendaki mereka.

Semakin hari semakin ramai aktivis, anak didik dan petugas PAS yang meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) kerana mengangap haluan dan pendekatan parti itu sudah lari daripada yang mereka kehendaki dan perjuangkan selama ini.

Kebanyakan yang meninggalkan PAS ini adalah mereka yang terlibat secara langsung dalam aktiviti dengan pihak luar, dan tidak berpuas hati dengan pendekatan baharu parti itu yang dilihat lebih senang bersendirian.

Sikap tidak jelas hala tuju semasa dan dilihat mesra Umno, parti yang didoktrinkan sebagai musuh utama PAS selama ini, juga menjadi antara punca besar mereka tidak senang dengan parti sekarang.

 Perasaan tidak puas hati itu kini turut melibatkan Harakah, lidah rasmi parti Islam itu.

Awal bulan ini, ketua pengarangnya Taufek Yahya menghantar notis dua bulan untuk meletak jawatan kerana tidak lagi boleh bekerja di sana, ekoran perubahan pendekatannya.

Beliau akan meninggalkan media rasmi PAS itu mulai 1 Januari nanti, selepas tempoh notisnya tamat, setelah berpuluh tahun bekerja di sana.

Sebelum itu, beberapa wartawan akhbar rasmi PAS juga berbuat demikian kerana tidak senang lagi dengan pendekatan parti Islam itu.

Fenomena ini membayangkan dilema yang melanda akar umbi parti ketika ini, ekoran perpecahan dalam PAS yang menyaksikan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) oleh bekas pemimpin progresifnya yang lari meninggalkan parti.

Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub menjangkan sasaran 100,000 ahli akan dicapai menjelang akhir tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2015.

Timbalan presiden Amanah Salahudin Ayub memaklumkan, sehingga kini sudah kira-kira 50,000 mendaftarkan diri sebagai ahli Amanah.

Beliau yang juga bekas naib presiden PAS, yakin sasaran 100,000 ahli menjelang hujung tahun ini akan berjaya dicapai, sambil menambah, 150,000 borang keahlian sudah diedarkan ke seluruh negara.

"Pencapaian Amanah yang meyakinkan ini berteraskan dasar Islam yang berwajah rahmat untuk semua, di samping pendekatan yang progresif, inklusif dan peduli.

"Ramai yang meletakan harapan yang tinggi kepada Amanah untuk terus maju ke hadapan mewarnai aspirasi rakyat Malaysia bersama Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Fenomena di Harakah juga berlaku di ibu pejabat PAS yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Ada yang sudah meletak jawatan untuk bersama Amanah dan tidak kurang juga yang masih kekal bekerja dengan PAS tetapi menjadi 'harum manis' iaitu hijau di luar, oren di dalam.

Ia juga melanda PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur, tempat terletaknya Markaz Tarbiyah PAS Pusat yang kini menjadi Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM).

"Hanya tinggal saya dan dua orang lagi saja, Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh dan suaminya, yang kekal dalam PAS," kata seorang tokoh veteran parti yang tinggal berhampiran Taman Melewar ketika menceritakan perihal yang berlaku di situ.

Beliau menamakan Zubir Ahmad (kakitangan pejabat agung PAS), Abu Bakar Rashid, Zain Hashim, Haji Uzir dan ramai lagi aktivis parti yang tinggal di lubuk parti itu sebelum ini yang sudah lari menyertai Amanah di bawah pimpinan Mohamad Sabu.

Kedudukan yang sama juga berlaku di cawangan-cawangan PAS di seluruh negara, semuanya dalam keadaan resah dan menimbulkan perpecahan di kalangan ahli.

Bagi Nik Mohd Ghazali, seorang ahli jawatankuasa (AJK) cawangan di Selayang, walaupun masih kekal dalam PAS, beliau terasa semakin jauh dengan parti Islam itu berikutan pendekatan barunya.

"Dulu bila ada mesyuarat, saya rajin pergi, namun sekarang terasa liat dan tidak mahu terlibat lagi.

"Kalau dulu ringan tangan menghulurkan duit untuk PAS bagi melaksanakan pelbagai program, tetapi sekarang sudah lain.

"Saya terasa, baik saya masuk tabung masjid," cerita Nik Ghazali kepada The Malaysian Insider.

Rakan-rakan beliau yang masih kukuh bersama PAS kini membuat persiapan untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Selayang.

Ia berbanding bertanding hanya di DUN Taman Templer pada pilihan raya umum lalu, manakala kerusi selebihnya semuanya ditandingi PKR.

"Kita diarahkan untuk membuat persiapan bertanding di semua DUN di Selayang," kata seorang AJK PAS cawangan.

Fenomena ini membayangkan PAS lebih senang bersendiri, bahkan bersedia untuk berlawan dengan PKR dalam pilihan raya umum akan datang, jika perlu.

Sementara itu, DAP mula membuka pejabat khidmatnya di DUN Taman Templer yang ketika ini dipegang pemimpin PAS, Zaidy Talib, juga anggota exco kerajaan negeri Selangor.

Sebelum ini, DAP mengumumkan akan membuat persiapan jika perlu bertanding di 8 kerusi DUN di Selangor yang dimenangi PAS pada pilihan raya 2013.

"Ada 2 segmen penting yang tidak lari meninggalkan PAS.

"Golongan yang patuh dan wala' kepada pimpinan dan parti dan golongan bawahan PAS yang tidak memahami apa yang berlaku dalam parti itu," kata Mohamad Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre ketika mengulas fenomena ini.

Ia berlaku terutamanya di negeri-negeri yang PAS sudah berakar umbi dan jauh dari akses kepada kegiatan di laman sosial seperti Terengganu dan Kedah.

Golongan ini akan menyerang mereka yang menyertai atau menghampiri majlis anjuran Amanah, apatah lagi memegang apa-apa jawatan dalam parti baru itu, dengan pelbagai tuduhan dan label.

Mereka berpendapat, menjadi satu kesalahan besar kepada Amanah kerana berpecah dari parti Islam yang sedia ada dan menjadi satu kesalahan besar untuk umat Islam menghina ulama yang memimpin PAS sekarang.

Kebanyakan mereka tidak terdedah dengan maklumat semasa melalui media sosial dan hanya mendapat maklumat dari akhbar Harakah dan kuliah-kuliah yang diberikan pemimpin PAS, di samping usrah di kalangan mereka
-malaysianinsider-

3 ulasan:

Unknown berkata...

Auta lebih sudu dari kuah. Jika betul pan mendapat sambutan ahli pas khususnya mengapa himpunan ceramah pan lengang mcm negeri dilanda garuda sedangkan ceramah dll aktiviti program pas sentiasa padat melimpah ruah? Kalu adayg dtg ke ceramah pan pun adalah terdiri dari org cina yg menyokong dap dan pakatan harapan. Nak lihat muka melayu di majlis pan mcm susahnya nak cari jarum yg jatuh di malam gelita. Tak habis2 satu persatu pemimpin pan menipu diri sendiri utk syok sendiri ... porahhhhh......!

IrWrWs berkata...

Diharap mrk2 yg keluar pas dpt memberitahu secara rasmi demi mengelakkan berlaku kemunafikan.. maksud sy nama masih dlm pas tp hati bersama dgn parti yg sanggup tolak hudud jika dap tolak hudud.. simple je kan..

IrWrWs berkata...

Sy setuju sgt2 dgn perenggan kedua terakhir.. kerana terbukti satu pihak jd barua DAP dan yg satu lg masih mendapat kepercayaan ahli 80%..