"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Pelik PAS mahu jadi pembangkang saja

Pas tidak perlu menang pilihan raya jika tolak kerjasama, kata PPBM
DALIA ISMAIL

Sesuatu yang pelik jika mana-mana parti politik tidak berhasrat untuk menubuhkan kerajaan apabila mempunyai peluang sebaliknya mahu jadi pembangkang semata-mata.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Kamarudin Md Nor berkata, jika Pas berpendirian enggan bekerjasama dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan dan PPBM sebaliknya mewujudkan blok politik tersendiri, parti itu tidak perlu berhasrat untuk menang pilihan raya.

"Saya merasa ganjil bila ada parti politik bercadang untuk jadi pembangkang sahaja.

"Agak pelik pula bila sesebuah parti politik itu tidak berhasrat untuk menubuhkan kerajaan bila ada peluang.

"Jika difikirkan begitu, lebih mudah untuk jadi parti pembangkang sahaja kerana tidak perlu menang dalam pilihan raya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali semalam dipetik berkata, Pas tidak memerlukan PPBM sebaliknya akan terus menerajui Gagasan Sejahtera sebagai satu lagi blok politik pembangkang.

Dalam masa yang sama Pas ujarnya lagi, boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu melibatkan kebajikan rakyat dan kepentingan umat Islam.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata demikian menjawab balas kenyataan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad, bahawa PPBM tidak akan menunggu Pas lebih lama untuk bersama dalam Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Tambah Kamarudin lagi, untuk menubuhkan sebuah kerajaan terlebih dahulu pakatan pembangkang mesti bersatu.

"Pakatan pembangkang mesti bersatu dan perlu menang pilihan raya dengan kerusi secukupnya.

"Memang sukar nak laksana pembahagian kerusi tetapi tidak mustahil," tegasnya.

Bahkan Kamarudin tidak yakin sama ada Pas benar-benar hanya mahu jadi pembangkang semata-mata tanpa pegang tampuk pemerintahan.

"Saya tidak yakin Pas sekadar mahu jadi pembangkang sahaja.

"Sebabnya di Kelantan Pas menjadi kerajaan sudah lebih 22 tahun.

"Jadi saya rasa kenyataan Dr Khairuddin itu tidak mencerminkan kehendak kepimpinan Pas dan ahli keseluruhannya," telahnya.

Tiada ulasan: