"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Kabinet bayangan DAP-Pakatan Harapan (Gambar)

Kit Siang nafi jadi PM dalam barisan kabinet bayangan Pakatan Harapan
MALAYSIA DATELINE

Kabinet bayangan DAP-Pakatan Harapan untuk propaganda yang didakwa dilakukan dikalangan penyokong Umno.

Ahli P arlimen Gelang Patah Lim Kit Siang menafikan barisan kabinet palsu yang menyenaraikan pemimpin Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Malaysia (PPBM) sebagai menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum ke-14.

Lim menyifatkan ia sebagai kempen serangan propaganda utama pendekatan gaya ala Nazi-'Big Lie' oleh Umno menjelang pilihan raya umum ke-14.

"Kempen ini menjadi bertambah hebat oleh kerana telah dilancarkan sebelum, semasa dan selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada minggu lalu," ujar Lim di Pulau Pinang hari iniseperti dilapor Malaysiakini.

Lim berkata beliau tidak terkejut melihat dalam media sosial 'Barisan Kerajaan Baru 2017 - Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR, Amanah dan PPBM dengan 22 menteri barisan Kabinet berkenaan.

"Buat pertama kali dalam sejarah 60 tahun negara, saya sedang disenaraikan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam barisan kabinet palsu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Timbalan Perdana Menteri.

"Tidak pernah, dalam 51 tahun saya berpolitik terfikir untuk menjadi PM walaupun saya agak berbesar hati untuk melihat nama saya dalam senarai itu," jelas beliau.

Lim mendakwa ia adalah perbuatan gerak kerja siber Umno yang mewujudkan senarai kabinet palsu.

Tiada ulasan: