"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

11 maut hotel empat bintang terbakar

KARACHI - PAKISTAN. Sebuah hotel empat bintang terbakar menyebabkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh di bandar pelabuhan selatan Karachi hari ini.

Menurut pegawai polis, Tauqeer Naeem berkata, lebih 50 cedera dalam kebakaran pada awal pagi yang bermula di dapur hotel.

"Punca sebenar kebakaran masih belum diketahui dan 4 daripada mangsa yang maut adalah wanita," katanya dipetik AP.

Sementara itu, doktor Hospital Jinnah Karachi, Dr Semi Jamali berkata, warga asing antara yang dirawat akibat luka melecur.

Kebanyakan bangunan Pakistan ini tidak memenuhi piawaian keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini itu.

Rakaman televisyen daripada insiden itu menunjukkan tetamu di hotel terpaksa menggunakan cadar untuk turun dari tingkap bagi menyelamatkan diri.
-sinarharian

Tiada ulasan: