"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Seorang Polis maut seorang lagi cedera parah terjun kondo elak dicekup JAIS

Polis maut, seorang parah dalam serbuan JAIS

 Seorang anggota polis balai polis Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, maut manakala seorang lagi parah selepas dipercayai cuba melarikan diri daripada diperiksa pegawai pencegah maksiat di dua lokasi berasingan awal pagi tadi.

Dalam kejadian pertama, pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu kediaman tingkat empat sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, jam 3 pagi, laporBH Online.

Bagaimanapun, sebaik memasuki tempat itu, pegawai JAIS menemui seorang wanita di dalam sebuah bilik dengan satu tingkap terbuka dengan seorang lelaki terbaring bawah pangsapuri berkenaan.

Hasil siasatan, wanita itu mengakui lelaki berkenaan kekasihnya yang terjun kerana bimbang ditangkap.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang sebelum disahkan meninggal dunia jam 6.45 pagi, lapor harian itu lagi.

Dalam satu lagi pemeriksaan, seorang anggota polis dilapor cedera selepas dipercayai terjun dari sebuah pangsapuri sewaktu pemeriksaan JAIS di Taman Puchong Perdana.

Identiti anggota polis berkenaan bagaimanapun belum diketahui dan keadaannya kini dilaporkan kritikal.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim, mengesahkan kejadian berkenaan namun enggan mengulas sehingga siasatan sepenuhnya dijalankan

--------
Kuala Lumpur – Terdesak mahu melarikan diri, seorang anggota polis dari Balai Polis Bukit Jalil sanggup ‘terjun’ dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, pegawai pencegah maksiat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah unit kediaman dan menemui seorang wanita di dalam bilik dengan satu tingkapnya terbuka.

Berita Harian melaporkan, wanita tersebut mengakui lelaki yang juga anggota polis itu adalah kekasihnya telah bertindak terjun melalui tingkap akibat bimbang ditangkap penguat kuasa JAIS.

Mangsa dilihat sudah terbaring di bawah pangsapuri berkenaan dan dibawa ke Hospital Ampang sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.45 pagi.

Sementara itu dalam serbuan berasingan, seorang anggota polis cedera selepas terjun dari sebuah pangsapuri di Taman Puchong Perdana.

Mangsa dilaporkan dalam keadaan kriktikal dan menerima rawatan di hospital berhampiran. – Mynewshub

Tiada ulasan: