"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Mayat dalam tong: Penganggur dituduh bunuh anak kekasih

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

SUNGAI PETANI - Seorang penganggur dituduh membunuh kanak-kanak lelaki dua tahun yang merupakan anak kepada teman wanitanya sehingga menyebabkan kematian.

Mohd Affandi Fauzi Ramlee, 34, dari Taman Sri Wang, Sungai Petani dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Petani kerana melakukan kesalahan itu pada 27 Oktober 2016 jam lebih kurang  8 pagi sehingga 24 November jam lebih kurang 2 pagi.

Dia dituduh membunuh anak kepada teman wanitanya sehingga menyebabkan kematian Muhammad Qhairullah Abdul Hadi, 2, di sebuah rumah di Flat Paya Nahu, Sungai Petani.

Disebabkan itu, tertuduh yang memakai baju T dan berseluar pendek didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Izza Munirah Mansor di hadapan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 22 Januari 2017 untuk mendapatkan laporan kimia dan forensik

Tiada ulasan: