"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita Tercampak Ke Lantai Ditendang Semasa Turun Tangga (video)


KEJAM, itulah yang dapat digambarkan apabila seorang wanita ditendang dari belakang semasa menuruni tangga sehingga dia jatuh tertiarap.

Rakaman litar kamera tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita sedang berjalan di dalam stesen metro di Berlin, Jerman semasa dihampiri seorang lelaki yang memegang minuman beralkohol dan rokok.

Suspek yang berpakaian jaket kulit dan berseluar JEANS kemudiannya menendang belakang wanita itu, menyebabkan mangsa jatuh tangga.

Dia kemudiannya berlalu pergi, manakala tiga rakannya memandang wanita itu sambil mentertawakannya yang dalam keadaan tertiarap di atas lantai.

Menurut media tempatan, wanita itu dibantu orang ramai sebelum dibawa ke hospital.

Polis sedang menyiasat rakaman berkenaan, dan keterangan mangsa yang dikatakan berusia 26 tahun diambil untuk membantu siasatan. - Mail Online/mstar

Tiada ulasan: