"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


AMANAH boleh menang Kelantan, Terengganu - Mat Sabu

AMANAH yakin bahawa ia mempunyai peluang yang baik untuk memenangi Kelantan dan Terengganu yang merupakan kubu kuat PAS.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu memberitahu perwakilan bahawa pengundi di Kelantan mempunyai minda bebas dan apabila mereka menukar undi, ia dilakukan secara beramai-ramai.

"Kalau AMANAH tak bertanding, biar Umno lawan parti lama, BN ada harapan cerah menang Kelantan. Tapi bila AMANAH bertanding, maka AMANAH la pilihan rakyat.

"Tambah pula Datuk Husam (Musa) dok rodak tiap-tiap malam out you go la mereka yang gelar kita dengan berbagai (nama)," kata Mohamad kepada perwakilan di konvensyen AMANAH kebangsaan pertama di Shah Alam hari ini.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pengundi Terengganu juga akan meninggalkan PAS kerana parti itu terlalu rapat dengan BN.

"Maka Terengganu la paling subur untuk AMANAH," katanya.

Mohamad juga berkata bersama-sama dengan Pakatan Harapan, parti itu akan menetapkan tempat mereka di Johor dalam pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu Mohamad dalam ucapan penutup beliau, juga berkata PAS tidak harus cuba untuk meletakkan dirinya sebagai 'kingmaker' dalam pilihan raya.

"Kingmaker ni target dia menang 20 kerusi.

"Kalau mereka bersama dengan Pakatan Harapan, HARAPAN memerintah, kalau bersama BN, BN memerintah. Orang yang jual diri macam ni biasanya orang panggil apa, ha, dot dot dot dot.

"Saya bukan Donald Trump nak sebut perkataan begitu," katanya merujuk presiden Amerika Syarikat yang gemar mengeluarkan perkataan kesat.
-malaysiakini

Tiada ulasan: