"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Dua Budak Perempuan Tujuh Tahun Letupkan Diri Di Pasar (Gambar)


MAIDUGURI, Nigeria: Dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dipercayai meletupkan diri dalam serangan bom di sebuah pasar awam di sini.

Dalam serangan di pasar yang sedang sibuk itu, tiga mangsa termasuk dua penyerang antara yang terkorban manakala 18 lagi cedera.

Pihak berkuasa tempatan percaya serangan itu didalangi kumpulan militan Boko Haram.

Ini kerana kumpulan berkenaan dikesan menggunakan wanita dan kanak-kanak untuk membawa bom dan melakukan serangan berani mati di kawasan awam.

Seorang anggota tentera yang berkawal di pasar itu berkata, dia terlihat dua kanak-kanak yang mencurigakan sebelum letupan berlaku.

"Mereka turun dari beca dan berjalan betul-betul di depan saya dalam keadaan emosi.

"Saya cuba bercakap dengan mereka tetapi tidak mendapat sebarang jawapan. Saya ingat budak ini sedang mencari ibu mereka.

"Dia menuju ke arah penjual ayam sebelum meletupkan diri," katanya.
-mstar

Tiada ulasan: