"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

'Diarak kerana mencuri basikal' (Gambar)


'Diarak kerana mencuri basikal' Foto-Pengguna Facebook
LOMBOK - IDONESIA. Sepasang pasangan suami isteri diarak mengelilingi kawasan sekitar Gili Trawangan, di sini kerana didakwa mencuri basikal.

'Perarakan' itu diawasi oleh pihak polis tempatan yang mana mereka berdua turut dihukum membawa plakad yang digantung di dada mereka yang tertera tulisan 'saya mencuri, jangan jadi seperti kami'.

Kejadian itu membuatkan mereka menjadi perhatian penduduk setempat dan mendapat respons negatif daripada pengguna media sosial.

Antara komen netizen termasuk Rafzan yang mengatakan hukuman itu sesuatu yang bagus.

"Terbaik. Harus jadikan sebagai pengajaran," katanya.

Sementara itu, menurut Nazri, hukuman itu merupakan sesuatu yang unik di Gili Trawangan buat pencuri.

"Sesuatu kelainan untuk menghukum mereka yang mencuri," tulisanya.
-sinarharian

Tiada ulasan: